Tuesday 28 July 2020

La tahzan innAllaha ma'ana....Qowiy Lillahita'ala

Nazila Osman 21:21
Ketika Takdir Berbisik....
“Sudah Cukup Sudah…”

Bila mana diri dihujani deraian ujian tanpa henti, terkadang aku jadi lemas dengan emosi sendiri.

Duduk termenung panjang di situ.
Dibalik hati...

Mencuba untuk merungkaikan kalimah hikmah disebalik setiap kejadian, agar hati mampu meraih kunci SABAR dan REDHA

Sabar dan redha....

Sabar, mudah sahaja untuk diungkapkan dengan sepatah perkataan, tetapi tersirat seribu pengertian. Menagih seribu mujahadah dan pasrah.
Akal berfikir lagi, mungkinkah diri masih tidak cukup redha menerima segala ketentuanNya?

Tidak...! Hati kecil cuba untuk menafikan.

Meskipun hati kecil sejujurnya sedih, menangis pilu dan hiba, terluka dan terasa namun, hati itu cuba sedaya upaya dipesan agar sabar dan redha menerima segala ujianNya.

Akal menyoal lagi...

“Kenapa harus diuji dengan perkara yang sama lagi dan lagi??”

Pertanyaan itu berulang dan terus berulang, akal berusaha mencari rasional dan titik keseimbangan...

Menyoal seperti itu, bukan bereti hati memberontak dan membenci segala takdir Ilahi, wallahi.....tidak sama sekali.

Apa jua persoalan yang cuba dilontarkan, jiwa sentiasa ingin berbaik2 sangka denganNya, itu diletakkan diatas garisan yang pertama...

Cuba untuk mencari hikmah yang tersembunyi di balik ujian yang sama mendatang...

Berat....ye berat!

Bahu seakan memikul beban yang cukup berat, sehinggakan diri hampir terduduk...
Malah, rasa tiada daya lagi untuk bangun.

Lemah....
Longlai segala rasa di jiwa.

Cuba merungkai tekanan pada sebuah rasa.
Kadang menjadi buntu dan bingung dek kerana terlalu ingin mencari apa makna di sebalik semua ini....

Lalu diri yang terduduk tadi cuba menyungkur sujud, kerana itulah sebaik2 tempat kembali.
Menyembamkan muka pada Ilahi, dengan titis jernih yang tidak putus2 menemani.
Merintih-rintih sebuah jiwa, hati cuba berbisik bertanya kepada Ilahi.

Benarkah takdir berakhir seperti ini?
Diri sememangnya mencari.
Mencari sebuah jawapan kepada persoalan ujian yang menyakitkan.

Kerana inginkan maqam itu.
Maqam redha.
Bagaimana hati ingin benar-benar redha, andai persoalan itu masih terngiang2 menyoalkan?

Perlahan-lahan hati dibasahkan dengan siraman zikir...
Agar fikir itu selari dengan zikir....
Agar zikir itu mampu memimpin ke arah fikir lebih positif dan rasional.

Jiwa itu, perlu dididik....Mesti!
Meskipun diri sudah berkali2 mendidik....
Didik lagi dan lagi....dan lagi

Tapi tak pernah sama didikan pada hati dan diri, dua tempat yang berlainan.

Dihati  itu yang menguasai segalanya. Dialah raja bagi mengawal diri.
Tersangat ingin memiliki sekeping hati yang suci, bersih dari segala tohmahan dosa yang mengelilingi.

Sehinggalah...

Persoalan yang ditanya2 itu terjawab....
Kalimah agung itu menegur.

“Maha suci ALLAH yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
“Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).”
(Terjemahan Surah Al-Mulk:1-2)

Subhanallah...

Bergetar jiwa tatkala mendengar kalimah cintaNya, sehingga hati basah dihujani rasa pada segenap jiwa......ya Allah! Kau sayang aku....sebab itu Kau menguji!

Begitu berhikmah pula, DIA mengingatkan aku melalui selitan pena dari seorang hambaNya....yg hebat ilmu agamanya

“Innalillahiwainnailahihirojiun”
Ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.”

"Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…”~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~

Allahu Allah...
Siapa aku untuk memilih ujian?

Siapa aku?

Sedangkan aku cuma hamba, yang layak untuk diuji dari pelbagai dimensi.

Hatta, dengan ujian yang sama, lagi dan lagi berulang kali sekali pun....
Dua kali, tiga kali, sepuluh kali, malah berkali-kali, DIA layak untuk menguji

Disitulah titik sebuah keikhlasan yang dicari.
Disitulah ingin mengajar sebuah maqam bernama redha Ilahi...

“La haula wala quwwata illa billah.
Hasbunallahi wani’mal wakil, a’lallahi tawakkalna”

Tiada daya kekuatanku melainkan Allah...
Cukuplah Allah sebaik2 tempat sandaran, bagi orang2 beriman berserah dan bertawakal....

Sudah cukup sudah...
Sudah cukup sudah, berfikir kenapa dan mengapa....
Kerana ia akan membuahkan ketidak syukuran sebagai seorang hamba....

Sudah cukup sudah...
Mengenangkan peristiwa2 duka.
Kerana semuanya ada hikmah besar yang disembunyikanNya.

Sudah Cukup Sudah...
Sudah Cukup Sudah untuk semua yang lalu....
Inginku terus berjalan mengikut aturan takdiranMu...

Sudah cukup hanya Allah bersamaku,
Sentiasa setia menemani disisiku...
Dalam luka, dalam parah, ingin ku terus bermujadahah.

Sungguh! Aku mahu redhai.... redha yang sebenar2 redha pada tiap2 dugaan yang diberikan olehMu Tuhan...

Allah ya Rabb
Tiada ku mohon, melainkan maghfirahMu😥

Ya Rabb...

Sudilah memandang diri ini
Hamba yang terduduk,
Terjatuh,
Tersembam teruk,
Terluka parah,
Pada tiap cubaan,
Yang datang tanpa perhentian...

Menangis...
Hiba dan pilu,
Sungguh....diri rasa tak termampu 
Namun tatkala mengenangkan rahmatMu
Hati diserbu rasa kasih yang semu
Pada cintaMu yang satu

Ya Rahim,
Berikanlah daku rahmatMu
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Agar aku tak hilang cahayaMu

Saat ini,
Ingin ku meniti jalan
Mengikut jalan takdiranMu
kerana aku sentiasa ingin
yakini dan imani
pasti inilah yang ‘TERBAIK’ buatku…

Muhasabah dalam sujud cinta kepadaNya:


Ketika kita mengeluh “kenapa aku yang diuji, kenapa kenapa ?”

Allah menjawab: 
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang berdusta.” (surah al-Ankabut ayat 2-3).

“Kenapa mesti ujian ini untukku ?”


Allah menjawab: 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (surah al-Baqarah ayat 216)

“Beratnya dugaan ini ya Allah, aku tidak sanggup menghadapinya!”

Allah menjawab: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (surah al-Baqarah ayat 286)

“Bagaimana untukku hadapi kesusahan ini?”


Allah menjawab: 
“Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang orang yang khusyuk.” (surah al-Baqarah ayat 45)

“Ya Allah, sedihnya! Dah tak larat dah letih!


Allah menjawab: 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang orang yang beriman.” (surah Ali Imran ayat 139)

“Sampai bila harus ku hadapi semua cubaan ini?”


Allah menjawab: “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Dan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(surah al-Insyirah ayat 5-6)

“Apa hikmahMu aku dapat semua ujian ini?”


Allah menjawab: 
“sesungguhnya mereka itu orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah adalah orang orang yang bertaubat, rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan gembirakanlah mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (surah at-Taubah ayat 111)

Allahuakbar... 
Alangkah beruntung kita dan mereka yang diberi ujian, yang berkali2 itu tanda Allah terlalu sayang.....

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah, sabar dan syukur, itulah yang terbaik, sematkan dalam diri
dengan kalimah.....
La tahzan innAllaha ma'ana
Qowiy Lillahita'ala

Yang baik dari Allah....yang buruk sudah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri






No comments:

Post a Comment