Monday 13 May 2019

Misi mencari CINTA Allah(Part 1) - Pengalaman pertama berpurdah dan berniqab

Nazila Osman 02:37
Assalamualaikum....
     Nampaknya dah lama Jemah tak buat sharing season kat blog kann.....bukan apa,mood membaca lebih tinggi dari mood nak menulis.......maklum laaaa sekarang masih bertatih nak menuntut ilmu sebanyaknya insyaAllah.....

     Tak terlewat rasanya Jemah nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Kareem Allahu Akram kepada mereka yang beragama islam......semoga Allah menerima amalan kita untuk tahun ini.....aamiin! Bercakap tentang puasa,bezanya puasa dengan amalan lain ialah....puasa,kita berhubung terus dengan ALLAH,Malaikat Raqib tidak mencatat pahala puasa kita ALLAH yang akan menilai wallahualam....

     Ok berbalik pada topik Jemah hari ni....
Ermmm Jemah nak share kan pengalaman Jemah mula2 nak berpurdah dan berniqab.......ye alhamdulillah Jemah sekarang dah full time purdah dan niqab......tak pernah sekali pun buka,kecuali dalam kereta.....Alhamdulillah kalimah apa lagi yang Jemah patut ucapkan?? ALLAH.....ALLAH! Baiknya ALLAH! 25hb1 2019(mula pakai 14hb1......tapi masa tu belum istiqomah)peristiwa yang memberi impak yang sangat2 besar dalam hidup Jemah....dalam penghijrahan musafirah di dunia yang penuh tipu daya.....daripada memakai tudung labuh,kini sudah berniqab....rasa seperti tidak percaya.....tapi kuasa ALLAH kan......with ALLAH'S will,nothing  is impossible! 

     Tapi sebelum tu,meh Jemah nak terangkan perbezaan purdah,niqab,dan burqa(burqa kat Malaysia tak de yang pakai rasanya)gambar burqa tu Jemah google je😅


     Macam ni namanya purdah....nampak dahi,ada 3 jenis.....ada yang menggunakan tali(dan diikat kat belakang) atau ada yang menggunakan getah dan ada jugak yang pin kiri dan kanan.....biasanya purdah ni dipakai dalam khimar♥️
     Yang ni namanya niqab....nampak mata je.....niqab ni ada banyak pattern,ada niqab yang ada lebihan kain,kiranya niqab + veil.....pandai2 la niqabis nak gayakan macam mana.....ada yang tak de lebihan kain.....just niqab,yang ni lebih simple,ikat je kat belakang ala2 ninja....niqab ni orang selalu ikat diluar khimar.......tapi ada jugak yang didalam,bergantung pada pattern niqab tu sendiri♥️

     Ini pulak namanya burqa.....burqa menutup semua anggota badan,dibahagian mata ada seperti jaring.......hanya si pemakai boleh melihat orang......di Malaysia ni jarangggggg sangat orang pakai......honestly Jemah tak pernah nampak......tapi di Arab Saudi burqa ni ramai yang pakai......terutama polis perempuan disana♥️

NIAT MULA2 NAK BERPURDAH DAN BERNIQAB

     Sebenarnya dah lama Jemah nak berniqab ni.......2/3 tahun yang lepas kut,tapi masa tu masih takut,takut tak mampu nak hadapi dugaan orang berniqab.....duk fikirkan"amalan tak banyak mana.....tapi nak berniqab"haihhh mungkin jugak tu salah satu hasutan syaitan.....dah tau amalan tak banyak mana,cari la! Untuk memperbaiki diri,kita kena tengok yang lebih baik......bukan lebih buruk,kalau duk kira "amalan tak banyak mana"dan kita tak berubah......tahap tu je la kita....
     Ni niqab pertama yang Jemah pakai hahahaah! Ni pun orang yang bagi,cikgu Qaseh #Cikgu Aisyah kira2 3 tahun lepas kut....tapi masa ni saja main2.....memang tak terniat lagi nak pakai,sebab teringin sangat la yang mencuba tu🤣,ada budak(budak ke?? Hahaha)pm FB cakap

"Cantik sangat akak pakai niqab"

Dia nak menyedapkan hati je kut si @ecah ni.....🤣(@Ecah memang niqabis)
Tapi tak sangka ALLAH tunaikan apa yang Jemah nak.....apa yang baik insyaAllah ALLAH redha.....masa ni nak berniqab pun tak pandai,hahahahah! Tengok la kening pun nampak(patut niqab tutup kening) lepas pada tu dah tak pakai.....


DI TANAH SUCI MEKAH MUKARAMAH
     Sampailah Jemah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 8hb12 2018......disana ramaiiiii orang! Ramai yang tak tau nak cakap! Imun badan Jemah pun kurang,memang doc mula2 kurang setuju Jemah kesana......bayangkan imun hanya 30 je masa tu😅,tapi mana mungkin Jemah nak lepaskan peluang beribadah disana......tempat yang memang Jemah idamkan.....bukan Jemah je,tapi semua umat islam......dah dapat,nak dilepaskan?? Oh TIDAK! "Tak pe doc....i'll take a risk" so Jemah cuba nak berikhtiar untuk mengelak sebarang jangkitan......hanya berserah pada ALLAH SWT......mula2 pakai sudah terasa nikmatnya......hati ni berkata"ya ALLAH izinkan aku meneruskan sunnah Rasulullah SAW ini di bumi Malaysia"memang itu la yang selalu ada dalam fikiran ni......setiap masa Jemah pakai disana KECUALI masa menunaikan umrah......sebab masa umrah tak boleh tutup muka.....kalau tutup akan dikenakan dam......
Ni gambar2 ketika di Tanah suci subhanallah!
Berlatar belakangkan kaabah♥️
Berlatar belakangkan jam besar♥️

Berlatar belakangkan Jabal Rahmah,semoga menjadi asbab
pengukuhan cinta kami♥️
Berlatar belakangkan deretan kedai2 sebelum menuju ke kaabah♥️
     Subhanallah! Allahuakhbar! Pengalaman yang sangat indah......dan kebetulan 19hb12 adalah tarikh anniversary yang ke 15 tahun.....kami sambut in advanced la kiranya ni 😅 Hadiah Anniversary yang tak ternilai! Kami isikan dengan beribadah dengan Allah......disana tiada perkataan letih,semangat berkobar2! Dari mana semangat tu hanya ALLAH yang tahu jawapannya......mungkin juga kami takut lepas ni kami tak berpeluang lagi kesana😥

RIAKSI SUAMI,KELUARGA BILA BERPURDAH/NIQAB

     19hb balik Malaysia......masa tu masih tak pakai......tapi Jemah pernah mintak pada suami Jemah"sayang....izinkan ayang pakai purdah/niqab boleh?"dia jawab........

"fikir dulu yang.....purdah/niqab bukan wajib,yang ayang pakai sekarang pun dah cukup sempurna islamnya"

     Ye alhamdulillah......itu Jemah tau,insyaAllah pakaian sebelum ni pun dah cukup......cuma nikmat ketika pakai disana,masih bermain2 dikotak ingatan......Jemah nak pakai! Kerana itu mengingatkan Jemah pada Mekah dan Madinah........setelah berkali2 mintak,barulah suami izinkan.....tapi dia pesan

"ingat.....ayang membawa nama baik islam,jaga la sebaik2nya"

     (Tapi yang bertudung pun mestilah kena jaga nama baik islam kan🤔)sebulan Jemah pakai purdah yang sama....masa tu Jemah hanya ada purdah,purdah yang guna masa kat Mekah,tu pun 1 je......2 hari sekali basuh,pakai lagi......2 hari lepas tu basuh lagi,pakai lagi hahahahaha! Sampai getah pun loose la,kena pin untuk ketatkan🤣,dan sebulan jugak Jemah pakai tanpa redha mak.....Allahu!😥 

     Ada juga Jemah suarakan pada mak dan adik2,secara berseloroh tapi cara mak jawab seperti mak suruh bertudung labuh je......tapi Jemah yakin,mak bukan tak suka......cuma mak takut anak mak ni tak istiqomah......1st sekali Jemah bagi tau pada adik2 tentang perubahan Jemah(kecuali adik lelaki......alaaa dia lelaki apa dia kisah hahahhaha)

"Ngah....kalau along pakai purdah/niqab ok tak?"

"Long ok ke?? Fikir dulu....kalau boleh jangan sekerat jalan.......sekarang pun dah ok"

"Tapi along nak pakai ngah......along duk teringat sana(Mekah)"

"Kalau along dah tekad.....pakai la,cuba tanya adik2 lain dulu,apa dorang nak kata"

(Soalan yang sama juga Jemah tanya pada adik2 Jemah.......jawapan adik yang no 3 pun lebih kurang sama dengan adik yang no 2😥)

Cuma jawapan adik no 4 lain dari yang lain......

"Dik......along dah pakai purdah😥"

"Ha alhamdulillah.....Tak pe la kalau tu yang terbaik......mula2 tak istiqomah,lama insyaAllah istiqomah la"

"Adik ok??"

"Ok je......suka je tengok,yang baik teruskan,ok caiyok long! Heeee mak tau ke??"

"Mak tak tau....along takut nak bagi tau huhuhu😥"

"Haa cakap je tak pe aih.......Mak ok je insyaAllah,tak kan mak tak suka kalau perubahan yang baik"

"Along rasa biar dulu kut....sebab along tak perlu mintak izin mak kan....along cuma perlu mintak izin suami..."

"Haaa ye jugak.....Betul ikut along la,rasa selesa nak bagi tau bila......Along official pakai bila?"

"Lama dah jugak....tapi tak berani nak cakap"

"Ohhh ye keee haha! Awat takut nak cakap pulakk.....Lawak la along nii! Adik suka je la,kut nnti adik pun boleh ikut mcm tu ke?"
(Petikan perbualan dari whatsapp)

     Malam tu jugak Jemah bagi tau mak.....mula2 Jemah whatsupp je,tetiba mak call hahaha! Punya la takut! Tapi cuba nk cakap jugak.....alhamdulillah mak terima dengan baik,cuma betul la seperti telahan Jemah,mak takut anak dia ni tak istiqomah😅,tak pe mak.......mak doakan along istiqomah ye! Alhamdulillah sejak mendapat redha mak,baru la tenang hati ni......dah tak takut2 dan.....balik kampung pun relaks je......syukur sangat! 

     Dan purdah yang bermula dari sehelai dah jadi berhelai2.....niqab pun ada,bermula dari niqab biasa2,dan ada jugak yang harganya boleh tahan😅! Purdah sekarang ada 5,beraneka warna(termasuk yang pergi umrah dulu)niqab pun ada 6(insyaAllah coming soon ada lagi)beraneka warna jugak,niqab yang dengan shawl pun ada......setakat ni my favourite niqab is Qayla by Qibtiyah,2nd niqab include shawl tu.......Qibtiyah jugak,ada lagi yang Jemah aim ni! Tapi belum berkemampuan nak beli.....tapi Jemah tau memang best! Sebab Jemah dah beli khimar dia,niqab Zahra by Orlin.....dan tak sabar nak cuba purdah dan niqab by Safiah yang ada beads tu♥️

     Uihhh panjang lebar sunggguh ni! Hahahah ni baru part 1 tau.....insyaAllah nanti ada part 2 pulak,tentang dugaan ketika nak makan😅,dan dugaan dengan orang2 sekeliling,dan apa yang Jemah dapat dengan berpurdah/niqab.....stay tuned!

♥️Pesanan buat Ukhti♥️
⚘Yang DAH berniqab - Keep Istiqomah  dalam berniqab♥️
Yang nak MENGENAL NIQAB - Banyakkan bertanya dan merujuk kepada yang arif mengenai niqab♥️
Yang BARU berniqab - Fahami dan sentiasalah perbaharui niat dalam berniqab(termasuk la Jemah)♥️
⚘Yang TAK NAK memakai niqab,its ok.....niqab bukan wajib,hanya sunnah.....tapi pastikan aurat korang sempurna,labuhkan tudung,stokin pakai,handsock pakai♥️

♥️Dah berniat nak berniqab, kalau betul nak berniqab jangan biar apa yang anda nak tutup terdedah.....AURAT yang wajib mesti diutamakan dulu jangan lupa.....🥰
.•°•.♥*►We Love Islam and We are Proud to Wear the Niqab◄*♥.•°•.
     Yang baik dari ALLAH,yang buruk sudah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri