Friday 10 July 2020

Bila PEREMPUAN terluka....

Nazila Osman 05:48
Dear awak !
Jika awak tak mampu buat kami gembira, jangan buat kami menangis...
Kalau tak mampu ubati luka,
Jangan sesekali buat kami terluka
Hargailah...!!
Kami perempuan tidak diminta dilayan seperti seorang PUTERI,
tapi kami perempuan hanya minta untuk dihargai...
Awak kena tau yang perempuan takkan marah awak tanpa sebab..
Takkan menangis tanpa sebab..
Takkan tawar hati tanpa sebab..
Itu gila...
Semuanya pasti bersebab...

Kekecewaan mengajar kami erti kehidupan...
Kami tetap teruskan perjuangan
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup..
Mungkin Allah sengaja mempertemukan dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul, supaya kita akan lebih bersyukur bila bertemu insan yang lebih menghargai nanti....
Wanita sering meluahkan perasaan dengan Air Mata...
Jangan halang kami menangis kerana itulah cara kami melepaskan segala Kesakitan...
bukan kerana menagih simpati....Bukannn!!

Dear awak....!!
Andai ditakdirkan satu hari nanti awak tak lagi memerlukan sekeping hati ini...
Pulangkanlah dengan cara terbaik, seperti mana baik nya awak ketika ambilnya dahulu...

"Bila perempuan terluka"

#TakPernahTakCINTA



No comments:

Post a Comment