Monday 22 October 2018

Macho Ke lelaki Merokok??

Nazila Osman 23:35
     Assalamualaikum......
Hai u alls,sihat? Jemah harap korang semua dalam keadaan sihat,yang mana tak sihat tu,cepat2 makan ubat......tak baik jugak pegi jumpa en doctor tau! Jangan biar melarat.....Jemah alhamdulillah sihat,syukur Allah masih beri peluang untuk jadi isteri dan mama......isu ape laaaa yang Jemah nak borak ari ni??Jeng.....jeng.....jeng! Kita cakap isu "Machokah Lelaki Merokok?"

     Machokah lelaki/suami merokok??Pendapat peribadi Jemah laaa (pendapat je ye) TAK MACHO LANGSUNG.....!!Macho dan seksi hanya bila kelihatan diphoto saja.....tapi bila berdepan secara live......hancuss!! Terhidu pulak bau yang busuk tu.......eee yark!! Terus perokok tak nampak langsung keseksian(nampak seksa ade laaa)mungkin juga akan dianggap mementingkan diri sendiri sebab merokok ditempat awam,seperti hospital,kedai makan,taman permainan kanak2 ditempat yang ada warga emas,wanita hamil,mahupun bayi/kanak2......bukan ke mengganggu gugat kesihatan,dan ketenteraman individu yang tak merokok..??

Kenapa mesti merokok?
Banyak alasan2 sinonim yang selalu diberikan oleh perokok.......antaranya,ni Jemah nak habaq mai naaaa........ 

STRESS SEBAB TAK CUKUP DUIT
Tapi adakah dengan merokok boleh menambahkan duit korang??Lagi abis ada la kan,rokok  mahal oiii!๐Ÿ˜œ

STRESS SEBAB BANYAK KEJER
Oooo asap rokok boleh selesaikan kejer korang la ekk baru tau!๐Ÿ˜œ

STRESS SEBAB TAK LULUS PEKSER
Kalau merokok jawapan salah yang korang jawab tetiba jadi betul la ekk๐Ÿ˜œ

KALAU MEROKOK SEBAB KAWAN
Adakah bila korang terlantar sakit nanti kawan(konon nyer member sejati la kannn)akan bertanggungjawab atas penyakit korang??๐Ÿ˜œ

JIKA STRESS SEBAB ISTERI BISING
Adakah korang boleh hentikan mulut isteri yang dok pot pet pot pet berleter,atau menambahkan lagi sebab untuk dia terus meleter??๐Ÿ˜œ

MEROKOK SEBAB AWEK CARI BOYFRIEND LAIN
Sedarlah korang sayangi diri/nyawa korang dulu dari menyayangi orang yang tak pernah menyayangi korang(Kalau sayang tak kan tinggalkan korang kan)
Putus cinta tak pe beb......boleh cari pengganti,putus nyawa kalu.....boleh nak cari nyawa lain sebagai pengganti??๐Ÿ˜œ

Maaf la ekk kalau tulisan ni mengganggu korang,buat korang marah.(jangan marah nanti cepat tua!)tapi kenyataan kut......
Masa zaman sekolah dulu(cinta monyet la tu hahaha)Jemah memang berazam untuk dapat suami yang tak merokok,ada kawan cakap..."1 dalam sejuta oii" Jemah kata"Tak pe aku cari yg 1 antara sejuta tu" dan akhirnya  yeayyy alhamdulillah jemah dapat......!! Hehehe bermakna masih ada orang yang tak merokok.......


      Pada yang tak merokok macam en suami Jemah Mr H tahniah Jemah ucapkan......!! ANDA SEMEMANGNYA MACHO!! Kemachoan korang lagi terserlah kerana korang bukan la manusia yang selfish dan dah tentu korang sangat menyayangi isteri dan anak2 korang ,ye laaaa tak merokok kan,rokok pada perokok kurang kesannya berbanding orang yang menghidu,sebab perokok ada filter?? Yang menghidu??Haaaa yang mana merokok,berusahalah untuk berhenti,Insyaallah ada jalan.....pada Mr H tahniah Jemah ucapkan......!! ANDA SEMEMANGNYA MACHO!! 

     Tapi disebalik Mr H Jemah tak merokok ni,ada kisah tau! Hahahaha acctually Mr H Jemah ni merokok dulu bila dia merokok,hati ni dah rasa tak best dah sebab mak dan abah memang tak suka menantu dia merokok.....antara syarat mak  dan abah  nak pillh menantu,mestilah boleh jadi imm solat dan boleh baca quran,dan 1 lagi tak MEROKOK! Sebab abah sendiri tak merokok,dan adik lelaki Jemah pun tak merokok Alamak! abis laaaa kena reject la nampaknya ni! huhuhu

     Pernah sekali masa pergi kenduri(dah bertunang masa tu)kantoi dengan mak.......mak tanya"ehhh,.....Miza merokok ke??"adoi laaaa Jemah dah erkkkk terdiam seribu bahasa ๐Ÿ˜“...dia tak  merokok kat situ.....tapi mak nampak bentuk kotak rokok dalam poket dia(gile ko nak rokok depan mak!)hahahahahaha!

     Bila dah kawin,janji nak benti tinggal janji.....haihhhhh Jemah memang susah hati sangat! Dah  la Jemah memang tak suka  bau rokok,dan tak suka lelaki merokok sebenarnya tapi dah jodoh kuat kut(memang kuat betul,3  bulan dah  tunang,tunang 6 bulan terus kawin)๐Ÿ˜

     Bila dah banyak kali  tegur suh benti tak nak dengor jugak......Jemah mulakan taktik kotor haaaa padan muka!๐Ÿ˜‚ jeng.....jeng......jeng....Jemah masuk bilik,kunci pintu......sebelum tu Jemah "curi"sekotak  rokok dengan lighter dia hahaha! Dalam bilik,Jemah pasang 2/3  batang rokok dan duduk betul2 dekat pintu,sebab bawah tu kan ada ruang boleh keluar asap(dengan harapan dia nampak asap berkepul keluar atau setidak2nya dia terbau asap rokok๐Ÿ˜‚.Tetiba Jemah terdengar ketukan yang sangat kuat! Hahahaha"yang.....bukak yang! Bukak!"Jemah masih buat deeekkkk je,dia punya ketuk macam nak pecah pintu oiii! Dah lama sangat,dalam hati"kang pecah pintu aku ni haru pulak!"so Jemah pun bukak pintu.....dijari masih ada rokok,Jemah duduk dan buat gaya2 *****g sikit,mengucap panjang dia! Putung rokok tu dah kena mulut dah(tapi tak la sedut)baunya tak yah cakap laaaaa! Nauzubillah! Nasib la tak muntah! Mr H tanya....
 
"Yang.....buat apa ni??" Jemah dengan beraninya jawab
"Tak kan tak nampak kut??"
"Sudah.....sudah....pergi buang "
"Laaa kenapa nak buang pulak,lelaki boleh kenapa perempuan tak boleh?Haaa jom kita hisap rokok sama2 baru ada geng kannn"
"Sudah.....sudah,ok abang benti rokok,abang janji tak hisap rokok dah,betul! Pergi buang........percaya la abang cakap"
"Kalau tipu??"
"Betul!"

         Haaa tau takut! Baru dia tau isteri dia ni macam mana! Hahahaha Jemah ni kalau kata nak buat, Jemah mesti buat.......memang tekad habis! Apa nak jadi pun jadi laaaa dan Mr H ni tau sangat perangai wife dia yang gila ni......allhamdulillah dah 15 tahun dah dia tak sentuh langsung rokok,sejak peristiwa tu ada pernah sekali dia tanya.......

"Yang.....ayang memang merokok ke??"Jemah hanya mampu gelak dan jawab
"Aduhai bang.....apa gila la ayang nak merokok.....macam la abang tak tau yang ayang memang tak suka orang merokok,mak abah pun tak suka kann tak kan ayang pulak nak merokok??"
Dia tersenyum hahahaha(dah tau dia kena tipu๐Ÿคฃ)

     Tapi honestly kadang2 rindu jugak nak tengok Mr H ni pegang putung rokok.....hahahahahahahaha sudah.......sudah! Jangan jadi gila!! Dah elok 15 tahun tak merokok ko nak suh dia merokok pulak ke Jemah??!

     Jemah memaang tabik pada dia sebab dia boleh tahan nafsu merokok tu,berbeza dengan orang yang tak merokok langsung,sebab orang yang tak merokok tak bernafsu lagsung pada rokok kan....
Terima kasih abang sebab sanggup  berhenti rokok,alhamdulillah saya dapat suami yang macam saya idamkan.....

     Kalau suami Jemah boleh,orang lain pun mesti boleh....... cuma perlu sikit sokongan(atau desakan๐Ÿ˜‚)dari yang teersayang......Jemah tak kata cara Jemah ni betul, korang buat la yang terbaik supaya suami boleh benti rokok........untuk Jemah yesss cara ini berkesan yeayyyyy! Hahahahaha!

      Ok laaaa sampai disini dulu entry Jemah.....kalau umur panjang kita jumpa lagi dientry2 yang lain.......sayang korang ketat2, yang baik dari Allah yang buruk dah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri, daaaa! 

Hidup Anda Lebih Sempurna Tanpa Rokok๐Ÿ˜œ