Friday 15 May 2020

Jika dirimu jatuh cinta❤

Nazila Osman 01:29
     Assalamualaikum dan selamat sejahtera U alls
Jemah masih ada di Klinik Kesihatan Tupai ni, boring ya amat! Nak jalan ke Pacific panas pulak, dahaga tak yah cakap...! Dah la tak sahur pagi tadi....keghin dah tekak ni! So tak de apa nak buat Jemah pun update la entry....

     Oh ye....sebelum Jemah lupa, TAHNIAH penduduk Taiping, khususnya staff2 Klinik Kesihatan Tupai, yg begitu cakna dgn keadaan semasa.....pesakit dicheck suhu, dan dispray dgn sanitizer sebelum masuk...dan pesakit2 pun dah tau beratur tanpa disuruh.....


Beware COVID.....we will WIN! Yeayyy!💪🏼💪🏼

   
     Ok2....jom berbalik pada tujuan asal, khas untuk adik2 Jemah yang sedang bercinta/bertunang......

❤❤Jika Diri Mu Jatuh Cinta?? ❤❤

Jika diri mu jatuh cinta...maka diamkan lah...kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK..

Diam itu...bukan kerana membenci kehadirannya...tetapi ingin menjaga kesucian...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

 “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karana hakikatnya ia bermula dari Allah maka biarlah ia berakhir pun hanya kepada Allah...

Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi....Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya??

Banyak lagi tugas di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang khalifah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi.  Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah....

Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandangan manusia.

Untuk Si Dara
Apabila, lelaki mengatakan diri mu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan diri mu, sukar untuk di dekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga diri mu dan dirinya jua.

Untuk Sang Teruna
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta diri mu, bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam ISLAM.

 Bisik hati ku:
 "Jika namamu yg ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku,
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dlm diri kita.
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mempersolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dgn kesolehan mu. Janji ALLAH pastiku pegang dalam misi mencari diri "LELAKI YG BAIK UNTUK PEREMPUAN YG BAIK"


Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini ada hikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskan la.....

Yang baik dari Allah yang salah dari kekhilafan Jemah sendiri.....ok jumpa dilain entry......#KitaJagaKita😘



Friday 8 May 2020

Puisi Untuk ABAH

Nazila Osman 19:24
ABAH....
Saat pertama kali abah terkulai layu
Kami terpana.....tidak mengerti
Terpaku....
Saat daya abah ditarik satu persatu
Kami terkelu...
Cuba memahami....sudah tiba masa
Abah menemui Dia yang satu

Tiada kata yang mampu
Sekadar airmata mengalir laju
Bersama esak tangis sendu...

Melewati detik sukar kehidupan
Abah pergi jua
Garang abah menjadikan kami matang
Tegas abah membuatkan kami tak mudah rebah
Jelingan itu anak panah amarah
Rotan nan sebatang tanda sayang

Pada mata lain yang memandang 
Segalanya tampak biasa
Tapi jauh disudut hati 
Rindu yang tiada tara
Tiada daya untuk berkata
Kerana takdir tuhan mengatasi segala

Puisi ini untuk abah
Rindu ini untuk abah
Istimewa untuk abah
Hanya untuk abah
Kerana abah tetap abah
Tiada ganti walau waktu terhenti
Kerana kasih abah tiada henti
Tetap bersemadi dalam diri
Tenang lah abah disana....
Esok lusa kita berjumpa😘
@IlaSiNinja