Tuesday 12 February 2019

Jangan salahkan hijabku.....

Nazila Osman 07:09
"Awak ni ustazah sekolah mana??"
"Tak laaa..."
"Abis....?? Cikgu KAFA"
"Tak.....Saya tak kejer pun saya jaga anak,jaga suami je.."
"Laaa....ingatkan ustazah tadi"

     Soalan cepumas yang selalu orang tanyakan pada mereka yang berniqab/bertudung labuh...asal berniqab/bertudung labuh je ingat USTAZAH,asal USTAZAH je confirm berniqab/bertudung labuh...hehehe,idak pun pelajar jurusan agama

     Haishhhh...Jemah bukan USTAZAH,bukan juga anak USTAZ....tapi Jemah seorang MUSLIMAH.....Ye betul biasanya ustazah berniqab/bertudung labuh,tapi tak salah rasanya Jemah memakai niqab/tudung labuh.....seperti firman Nya "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
     Ada juga yang berpendapat niqab/tudung labuh bermakna alimnya wanita itu,tingginya pengetahuan...SALAH TU!!Hakikatnya tak semua wanita berniqab/bertudung labuh sarat dengan ilmu2 ukhrawi.....

"Dah tu kenapa berniqab/bertudung labuh..?"

     Awak....islam menyarankan muslimah melabuhkan tudung kerana ia penuh dengan hikmah...ia bukan sekadar menutup aurat tapi melindungi diri,berniqab/bertudung labuh juga boleh mendidik diri.....

"Eh.....niqab/tudung pun boleh jadi cikgu??Biar betul!"

     Ermmm.....lebih kurang laaa,cuba awak bayangkan....ada ke perempuan berniqab/bertudung labuh nak pegi ke Disko? Minum arak bagai....??Ada.....?? Kalau ada pun mungkin segelintir......kes2 terpencil,ye laaa tak kan la yang bertudung labuh nak terlompat2 terkinja2 kat disko kut.....??Menjerit2 macam kena histeria kannn,nanti orang mengata.....harap je pakai niqab/tudung labuh tapi perangai....NA'UZUBILLAH!!

     Bila pergi mana2 pun jarang yang berani menegur abis2 sangat pun....

"Assalamualaikum Ustazah...tak jawab dose"
Tengok yang nakal pun boleh jadi budak baik.......hahaha

     Sudah menjadi fitrah lelaki tertarik mendekati wanita yang seksi,susuk tubuh menggoda,jalan lenggang lenggok......apatah lagi yang rendah imannya

     Tapi kadang2 lelaki tertarik mendekati wanita berniqab/bertudung labuh kerana akhlaknya....Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

"Awak...saya ingin berubah untuk jadi lebih baik,boleh tak awak bimbing saya....??"
"Kenapa saya....?"
"Awak nampak mcm alim je....."
"Sebab saya tudung labuh??"

     Awak lelaki,kalau awak benar2 ingin berubah....Awak carilah yang sama jantina dengan awak......dah tentu terjaga,dan jauh dari fitnah ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari Jemah ni.....lagi pun Jemah mesti menjaga adab2 sebagai orang yang dah bersuami....

     Jemah berniqab/bertudung labuh tapi bukan bermakna ilmu Jemah setinggi langit.....bukan kedekut ilmu,bukan sombong,bukannn...!! Setakat ilmu yang ada boleh la kita share....kerana Jemah share ilmu,InsyaAllah ia makin bertambah Jemah juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. 

     Jemah juga perlu dibimbing dan niqab/tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang.....Cuma Jemah cuba jadi yang terbaik, apa yang Jemah mampu lakukan, Jemah akan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

     Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmu, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik.... berubahlah sahabat2 Allah memerintahkan kita bertudung labuh,ada sebab.....sebab Allah sayang kita.....sama-sama kita berubah untuk menjadi lebih baik.....InsyaAllah

     Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang akan terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah! Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT. Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin. 

Let's fighting for the best Iman.!

P/s:Sahabat2 janganlah mengharapkan yang lebih2 dari kami yang berniqab,kami hanya manusia biasa....bukan malaikat,apa yang patut kami buat adalah sama macam apa yang patut anda2 semua buat.....dan apa yang tak patut kami buat adalah sama macam apa yang anda2 tak patut buat.....kita sebenarnya SAMA