Thursday 27 February 2020

Perempuan bila merajuk😡

Nazila Osman 03:10
     Assalamualaikum....semoga sentiasa dalam redha Allah....lama dah Jemah tak bukak "Merangkak Bertatih"ni, berhabuk dah😅, oh ye.....selamat berpuasa sunat Rejab bagi mereka yg berpuasa....banyak fadhilatnya tau!
     Jemah nak cakap pasal apa pulak kali ni ye.....ermmmm korang pernah merajuk? Eishhh tipu la kalau tak merajuk kannnn tambah2 la perempuan🤭, so entry ni sangat berguna pada yg bergelar suami, atau boyfriend....and please! Jangan dungu sangat!😂



     Perempuan dan merajuk memang tak dapat dipisahkan.....tak perempuan la kalau tak merajukkan😅, nak fahami perangai perempuan bukan la sesuatu yg mudah, dah berbelas tahun kawin pun Jemah rasa korang tak dapat nak faham 100%....so suami2, boyfriend2 sabarrrr.....mengucap dan istighfar la banyak2 hahahah!! Jemah nak bagi tau hampa ni....nak pujuk perempuan bukan boleh sembrono je, kang lagi melarat pulak.....mesti ada seninya, macam mana?? Jom baca sampai abis❤

TANDA2 PEREMPUAN MERAJUK
     Sebelum nak pujuk, kenal pasti dulu tanda2 perempuan merajuk....

Perempuan Merajuk Diam 1000 Bahasa
- Sifat perempuan, mulutnya tak henti bercakap......adaaaaa je yg dia nak cakapkan
selagi apa yg ada dalam otak tak dikeluarkan selagi itu la dia tak kan berhenti bercakap.....itu adalah 1 terapi bagi dia untuk melepaskan segala yg terbuku dihati....So hati2 kalau seorang perempuan tu diam tak bercakap langsung.....masa dia tak bercakap tu, baru korang tau betapa rindunya nak dengar bebelan dia...haaaa baru padan muka kannnnn😏

Marah Tak Tentu Pasal
- Biasa la....bila dah merajuk perempuan akan marah orang lain yg berada disekeliling dia......so pada yg dah kawin, hati2 anak mungkin jadi sasaran.....kalau Jemah, Jemah akan warning siap2....

"abg.....adik....mama mood tak ok ni, jangan buat mama marah" 

So behave la sikit dorang🤭, bagi yg belum kawin, adik beradik bersiap sedia la....baik duk dalam bilik diam2...tutup pintu, dah cool nanti baru keluar hahaha!
Sebenarnya dia bukan bermaksud nak marah.....tapi marah dia untuk si lelaki tu(suami/boyfriend).....
Dah keluar semua marah, baru lega katanya.....(lepas tu menyesal🙄)

Senyum Dibuat2
- Kalau la korang cuba jugak nak bercakap ngan dia.....ye dia akan cuba bercakap, tapi memek muka dia menunjukkan senyuman yg cukup palsu.....palsu sepalsu2 nya la kiranya....
Sebenarnya bukan lelaki tak paham dia tengah merajuk, cuma macam biasa....malas nak pujuk😒

Langsung Tak Jawab Whatsapp
- Haaaa hati2 la ye, kalau selama ni berjela2 dia taip, cepat je dia reply....tetiba diam.....hanya sekadar blue tick yg dipandang sepi......sekali lagi, PADAN MUKA😂


CARA MEMUJUK PEREMPUAN MERAJUK
     Meh Jemah nak kongsi macam mana cara nak pujuk perempuan yg merajuk....
Perempuan ni senang je sebenarnya nak pujuk....tak perlu yg mahal2 pun, cuma jangan sampai dia tawar hati sudah....bila tawar hati, kena extra effort la....

Nak Pujuk Perempuan Merajuk

Peluk
- Hanya suami isteri je tau! Yg belum kawin jangan berani2 nak cuba.....HAROM! Halalkan dulu baru boleh peluk....isteri akan rasa sangat terharu dan rasa dihargai bila tiba2 suami datang terus peluk dia.....yg lagi best bila tengah basuh pinggan, rangkul pinggang dan cium.....fuhhhhh mesti dia rasa nak lompat! Dan masa makan suami tu boleh la suapkan apa yg dia makan pada si isteri.....insyaAllah sennyuman akan terukir kembali...
Nampak tak? Benda simple je, tapi impack sangat besar bagi seoramg perempuan....

Perempuan Suka Kena Puji
- Bila perempuan mula bermasam muka, mungkin ada yg terdetik "haihh tak abis2 merajuk" jangan gitu, kita nak bahagia kan, elakkan perasaan negatif.....jangan sebab benda kecik, abis semua kebaikan yg dia buat selama ni dah tak nampak, terlupa abis seolah2 tak de benda baik pun yg dia pernah buat.....

So pujuklah dengan cara memuji dia tentang apa yg korang suka tentang dia....ingat kembali apa yg membuatkan korang suka pada dia masa awal jumpa dulu..
Berikan pujian "wahhhh pandainya awak masak! Sedap!" Atau "saya kalau tak tengok awak senyum, tak senang hidup saya tau" atau "eishhhh saya tengok awak ni makin cantik la sekarang.....jangan ada yg ngorat awak dah laaa saya jeles tau!" Percaya laaaa si dia pasti tersenyum ceria....

Perempuan Merajuk Ingin Dihargai
- Perempuan ni biasa manja orangnya....dia nakkan perhatian, nak orang hargai dia...tunjukkan empati korang, selami perasaan pasangan, dan cuba tanya apa yg menyebabkan dia jadi gitu....bincang dengan lembut.....jangan pulak jadi pergaduhan ke2, kalau dah tau apa penyebab dia merajuk, kalau perlu diubah......ubah la

Perempuan Suka Kejutan
- Tapi tak perlu la sampai nak hire planner, ini nak memujuk bukan ada hari besar pun, macam  birthday ke anniversary ke....just a small card, dengan kata2 yg indah dah memadai....atau apa kata bagi lagu, yg menggambarkan perasaan korang pada dia....wahh mesti dia senyum sampai telinga😍

Perempuan Suka Makan Sedap2
- Kalau yg dah kawin tu, jangan la asyik makan dirumah je.....bawak la dia makan diluar sekali sekala, alaaa sekali sekala je....tak perlu mahal2! Mamak pun ok....janji keluar, bagi isteri terutama suri rumah, pegi mamak cukup membuatkan dia bahagia......tapi pastikan bersih tau!

Perempuan Suka Lelaki Kelakar
- Korang mesti tau apa yg menyebabkan  isteri ketawakan.....jadi apa kata bila dia diam seribu bahasa, masam mencuka cuba buat lawak, usik2 manja....mana tau usikan dan lawak korang tu buat dia tersenyum?


Ayat Pujuk Perempuan Merajuk
- Haihhh tak kan tu pun Jemah nak bagi tau! Korang pasti tau ayat yg boleh mencairkan hati isteri korang.....
Ingat kembali saat2 masa baru2 kenal dulu, macam mana korang berusaha nak pikat dia....
Kalau ada simpan conversation whatsapp yg boleh buat dia ketawa lagi bagus.....
Tak payah ayat yg bombastik sangat just stright to the point je.....bombastik tapi tak sampai ke hati buat apa kan.....

Tak susah pun nak pujuk perempuan ni, cuma perlu kena dengan cara....kalau usaha pun tak de, ingat dia nak terubat hati? Memang tak laaaa dan lagi 1, tolong la jangan bendul sangat, bila isteri/girlfriend korang kata jangan call, terus tak call....hallooo! tolong la weh! Perempuan ni biasanya terbalik.....dia tengah tunggu panggilan sebenarnya.....setakat sekali 2 dia ignore tu biasa laaa call la lagi....pastinya dia jugak sedang merindui korang.....percaya la😘


     Ok u alls.....ini je kut tips yang Jemah boleh kongsi, tapi rajuk seorang perempuan tak sama....buat la apa pun yg korang rasa boleh ubati hati dia.....jangan terus buat dia berdiam diri, bermasam muka, menangis sorang2....dua2 ceria kan seronok hidup

     Oh ye......jangan pulak kata Jemah buyers, Jemah perempuan, so cara pujuk perempuan la yg Jemah tau hahaha! Tapi lelaki susah nak merajuk kut.....lelaki kan sado, dan Jemah rasa perempuan lebih pandai memujuk dari lelaki kan.....lelaki biasanya nan hado!😂

      Ok u alls sampai sini je la dulu ye.....doakan ada entry2 lagi dari Jemah lepas ni.....
Yang baik dari Allah, yg buruk sudah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri❤