Thursday 25 June 2020

Kekasih Allah Rasulullah SAW

Nazila Osman 07:07
     Assalamualaikum dan selamat sejahtera...semoga sentiasa dalam jagaan Allah....rajin pulak Jemah update entry kan, bila rasa sedih, tetiba teringat kisah Rasulullah SAW....dan tiba2 rasa nak buat entry baru pulak....

     Apa yg tak baik tentang kekasih Allah ni?? Kisah pengorbanan baginda pada islam agama syumul, kisah hebatnya baginda dimedan perang, kisah romantisnya baginda dengan isteri baginda....Allah! Semua yg indah2 je....

     2 tahun lepas, masa Jemah Allah bagi rezeki ke bumi Madinah....masa dalam Masjid Nabawi, air mata tak segan2 mengalir....masa nak solat sunat, berdepan dengan makam Rasulullah, macam ternampak2 baginda.....Allah! Indahnya! 

     Jom baca entry Jemah tentang sayangnya Rasulullah SAW pada kita kekasih Allah....

     Saat Ibu bapa, suami, anak2, saudara2 kita tinggalkan kita......lari selamatkan diri dalam kepanasan neraka.......Siapakah sentiasaa ada dekat kita, yg tak serik sujud dihadapan Allah untuk bebaskan kita?

Dialah Rasullulah SAW! Tiada siapa pun boleh masuk syurga sebelum baginda masuk....awal lagi baginda dah layak untuk ke syurga Firdaus.....tapi baginda keluar mencari2....

"Mana umatku.....Mana umatku!" 

Sambil bersujud lamaaa sangat! 

"Umatmu di titian sirat ya Rasulullah!"

Maka Rasulullah sujud dan menangis lagi.......

"Selamatkan umatku yg ada iman walau sebesar biji kurma ya Allah!" 

Maka Rasulullah bertemu dgn umatnya yg teruk disiksa, rosak badannya rosak mukanya........Rasulullah menangis, memeluk, lalu membawa umatnya ke syurga.......dah masuk ke syurga Rasulullah gelisah lagi.....

"Mana umatku.......Mana umatku!"

Rasulullah bersujud sambil menangis dengan amat lama....

"Ya Allah selamatkan umatku yg ada iman sebesar biji jagung ya Allah!" 

Allah izinkan......maka dipeluk umatnya dalam tangisan, kesihan......disuruh masuk ke syurga, hati Rasulullah masih tak tenteram baginda turun ke arash Allah sekali lagi.....baginda menangis bersujud yg amat lama....

"Ya Allah! Selamatkan umatku ya Allah! Selamatkan umatku yg ada iman sebesar biji sawi ya Allah!"

Sekali lagi Allah tunaikan permintaan kekasihnya......Rasulullah masih tak tenteram

"Ya malaikat masih adakah umatku di neraka?" 

"Ada ya Rasulullah" 

Rasulullah kembali turun ke arash Allah menangis, bersujud dengan lama.....

"Ya Allah, demi kasih sayang Mu ya Allah selamatkanlah umatku yg mereka tiada amal kecuali hanya ada....laillahaillah muhammadarasullah........!"

Allah berkata............"AKU IZINKAN"

Siapakah umat Rasulullah SAW tu? Umat Rasulullah SAW itu ialah KITA! Sayangnya Rasulullah pada KITA kan....

Ya Rasulullah maafkan aku kerana menyusahkan mu ya Rasulullah! Berikan syafaat mu pada kami Ya Rasulullah!😭

     Yang baik dari Allah....yang buruk dah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri......
Daaa semoga berjumpa di entry akan datang.❤


Wednesday 24 June 2020

Tak perlu dipertikai SIMPLE nya Lelaki dan COMPLICATED nya PEREMPUAN

Nazila Osman 23:45

     


     Lelaki, perempuan....suami, isteri memang berbeza....itu fitrah manusia, sebab tu la lelaki dan perempuan lebih tepat lagi suami dan isteri saling melengkapi...maka cuba la untuk memahami....bukan dicari kelemahan

     Jemah? Jemah selalu ambik gambar....video bersama En Superman kenapa? Sebab Jemah takut KEHILANGAN, Jemah takut Jemah yg akan pergi, atau En Superman yg akan pergi dulu....masa tu Jemah tak de gambar untuk Jemah dan anak2 tengok sebagai kenangan.....tak de moment2 indah untuk diingati, mana nak cari lagi? 1 minit pun berlalu, ia tak kan jadi masa yg sama lg....dan itu jadi benda penting untuk Jemah.....

     En Superman lembut orangnya, dia biasanya akan ikut je apa yg Jemah cakap selagi tak langgar hukum Allah....tak mungkin dia tak fikirkan moment2 kami.....Jemah tau perasaan dia pada Jemah...tapi bagi En Superman, dia lebih fikirkan keadaan Jemah kalau dia tak de.....macam mana Jemah nak survive? Macam mana nak settlekan semua bebanan hutang, macam mana anak2 nak belajar.....ye Jemah pun fikir, tapi Jemah tau Allah Maha Penyayang, Maha Pemberi rezeki...

"Bagaimana aku akan takut pada kemiskinan, sekiranya aku adalah hamba pada Allah Ya Razzaq? Allah Ya Fattah?"

Allah dah kata setiap makhluk Dia akan bagi rezeki kan....

     Lain kan? Ye kerana memang fitrahnya begitu....jadi, sebagai suami isteri yg baik, tak perlu menyakitkan hati sesama kita, cuba untuk memahami.....Jemah kena faham En Superman tak ambil gambar, bukan kerana dia tak sayang, tapi kerana bukan kebiasaan dia....

     En Superman juga perlu faham, jangan tolak bila Jemah nak bergambar/video.....jadi tak de hati yg akan tersakiti kan❤

     Serasi bukan semua sama.....suami suka A, isteri pun suka A, tapi definasi serasi dalam rumahtangga itu bila yg tak sama, tapi cuba memahami dan cari jalan supaya jangan timbul pergaduhan❤

     Yang baik dari Allah....yg buruk itu sudah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri.....daaaa!




Friday 19 June 2020

Hebatnya Wanita Tarim, Bidadari Bumi❤

Nazila Osman 21:35
     Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua....yuhooo I'm back! Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.....alhamdulillah negara kita dah semakin ok dari Covid19....

🔸PKP - Perintah Kawalan Pergerakan(tak dibenarkan keluar rumah)


🔸PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(untuk kawasan zon merah)


🔸PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(perlu patuhi syarat2 tertentu)


🔸PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(kebanyakan aktiviti ekonomi dah boleh buat macam biasa, dah boleh keluar tapi perlu follow SOP)

Ini semua kerana kita ada PM dan teamnya yg wow, negara kita diiktiraf antara 5 negara terbaik tangani kes covid19...PM malaysia diiktiraf oleh WHO....KKM juga bertuah kerana DG kita yg hebat...diiktiraf 3 doktor terbaik di dunia dalam urusan Covid19 ni....frontliner kita yg tak pernah kenal putus asa dan semangat kita sendiri untuk terus bebas dari belenggu Covid ni....dari PKP yg sangat susah, nak keluar rumah pun tak boleh....sekarang dah sampai ke fasa PKPP.....syabas all Malaysian! Tapi ingat jangan terlalu selesa, follow setiap SOP yg kerajaan bagi ye.....kerajaan bukan nak susahkan kita, tapi nak kita bebas dari Covid19 durjana ni❤

     Ok2 kita ke tujuan utama pulak....hari ni Jemah nak sembang pasal hebatnya Wanita Tarim.....

     Mula2, dimana Kota Tarim tu?? Tarim merupakan sebuah kota lama yg penuh bersejarah, terletak di tenggara jazirah Arab di negara Yaman. Berperanan sebagai ibukota wilayah Hadramawt, Tarim diambil namanya bersempena seorang penguasa di situ yang bernama Tarim bin Hadramawt yang diyakini hidup tiga ribu tahun sebelum kemunculan Islam....

     Kota Tarim juga dikenali sebagai "Kota Seribu Wali" kerana menjadi tempat berkumpulnya wali2 Allah....
Malah, masyarakat di kota itu juga dirahmati dengan kebaikan serta perilaku mulia kerana memiliki darah keturunan Nabi Muhammad SAW....Rasulullah SAW menceritakan berkenaan Yaman menerusi sabdanya yang bermaksud

“Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut2 hati dan selembut2 sifat, iman itu di Yaman dan fiqh itu di Yaman dan hikmah juga di Yaman.” (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, kota Tarim juga dikenali sebagai ‘al-Ghanna’ bererti tempat yang sangat subur dan makmur. Berkat doa Saidina Abu Bakar As Siddiq yang pernah mengatakan, apabila beliau bermimpi memasuki kota Tarim, maka keesokan harinya hatinya berasa sangat bahagia....

     Alim ulama mutakhirin sangat mengagumi Kota Tarim, bahkan menganggap bahawa hanya tiga kota suci, iaitu Mekah al-Mukarramah, Madinah al-Munawwarah dan  Baitul Maqdis sahaja yg dapat mengatasi kelebihan Kota Tarim berdasarkan Hadis Rasulullah SAW memgenai ketiga-tiga kota tersebut.....

     Fuhhh hebat kannn.....kita pergi ke Wanita Tarim pulak....

Wanita Tarim...
Dalam buku ‘Bidadari Bumi 9 Kisah Wanita Solehah’ karya Ustazah Halimah Al-Alaydrus, ada cerita menarik tentang keistimewaan perempuan Tarim, Hadramaut Yaman....

     Diceritakan, perempuan Tarim sudah biasa sejak kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama yg dekat dgn ulama2, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. Sejak kecil mereka dididik untuk membaca Al quran oleh ibu bapa mereka. Terdidik dengan akhlak yg mulia, yg sangat hebat....

     Pergaulan mereka terjaga. Aurat mereka terjaga.... Bagi mereka setelah capai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tak pernah melihat lelaki asing selain dari saudara2 lelaki dan bapa mereka je...

     Mereka dibesarkan tak kenal muzik, tak kenal yg lagha, tak kenal kebiadaban dan tak kenal wajah orang fasiq(sebab kat Tarim semua orang baik2) Perbincangan mereka adalah perbincangan tentang majlis2 ilmu, Al quran, adab, akhlak, tasawwuf SAHAJA haaa macam tu la mereka dibesarkan.....

     Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikahkan, semua ibu bapa mereka yg uruskan....tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan sangat terjaga...

     Wanita Tarim juga tak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan suami mereka, tak menyusahkan isteri mereka. Bila baramg rumah abis beras ke susu ke apa je la....mereka tak  bagi tahu suami mereka sebab takut suami mereka tak ada duit atau sibuk......Mereka hanya letakkan bungkusan2 kosong pada tempat yg mudah suami mereka nampak.....jadi bila nampak suami mereka akan beli....hai la hai😞

     Suami pula, seluruh keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang beli....para isteri tetap keluar ke pasar membeli baju atau brg keperluan wanita je.... Urusan dapur seperti beli sayur, beras dan lain2 tu merupakan tugas suami atau pembantu mereka...

     Isteri biasa akan menghiaskan diri dan menjadikan bilik tidur harum mewangi... bila suaminya balik, mereka dah cantik...bilik tidur terhias rapi, kemas indah dan harum... Kerana wangi2an itu mampu membangkitkan suasana yg tenang dan romantik serta menambahkan kasih sayang mereka suami isteri....Isteri tak pernah tinggikan suara pada suami mereka. Mereka tak pernah marah.... Bila mereka rasa bengang(aku tak tau la ayat ni sesuai tak😅)mereka akan nangis dan ngadu pada suami mereka dengan nada yang lirih, manja2, itulah marah mereka....Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina(nak marah jugak isteri yang baik gini, memang biul la😂)

     Jika suami ada rasa kesal tentang sesuatu perkara, mereka akan tulis surat pada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan jawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan jawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan ketawa bersama2....Indahnya marah mcm ni kan, marah yg mampu jadi hiburan, marah yg diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa....Jika kita melihat kehidupan masyarakat di kota seribu wali ini, akan nampak banyak keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yg susah kita jumpa sekarang..... Di Tarim, rumah tangga Rasulullah dipraktikkan dalam kehidupan sehari2. Inilah keberkahan yg ada di Kota Tarim....

     Di Tarim susah nak nampak perempuan tunjuk muka mereka di khalayak ramai. Walaupun mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit, mereka tetap jauh dari pandangan kaum lelaki. Perempuan Tarim tetap memakai burqha/niqab/berpurdah hitam....mereka merahsiakan nama mereka, kerana bagi mereka nama pun adalah aurat mereka....Pernah peserta Muslimah terlupa nak pakai niqab selepas ambil wuduk, mereka terus ingatkan untuk pakai niqab....Itu antara adab yang perlu dipatuhi ketika ziarah.....Di sana jika tak pakai niqab ia menjadi satu kesalahan yang memalukan bagi kaum wanita.....Mereka dapat bertahan di tengah terik walaupun matahari di negeri Tarim terkenal dengan panasnya... Begitulah hebatnya wanita Tarim. Wanita di Tarim hanya keluar apabila ada keperluan penting saja. Apabila ke pasar atau ke kedai ada mahram yg teman atau mereka keluar ramai2....Maka terpeliharalah mereka dari segala macam fitnah. Itu la sebabnya, perempuan Tarim dikenali sebagai BIDADARI BUMI❤

     Mereka benar2 menjaga kehormatan dan jauh dari pandangan lelaki, mereka tak lalu di jalan2 besar, hanya dilorong2 kerana tak nak dilihat lelaki....kalau la ada rezeki kita pergi ke sana, ada yg berpakaian pelik dari yg lain....maka itu bukan la penduduk Tarim....

     Sampai situ je la kut.....Jemah harap hampa baca la sampai ke noktah terakhir supaya boleh jadi panduan pada kita untuk jadi isteri solehah dan suami yg soleh......Jemah rasa nak dapat 100% macam mereka tak mungkin, tapi dapat 20% dari mereka pun bagus dah.....haihhh hebat betul wanita Tarim.....arghhh! Jemah jeles😭

     Ok la....sampai sini dulu entry Jemah....doakan Jemah sihat untuk tulis artikel2 berfaedah supaya jadi panduan untuk kita bersama, ingat! Jaga SOP...selalu basuh tangan, pakai sanitizer dan jangan lupa pakai mask.....nak keluar silakan, tapi follow SOP rapat2.....Jemah kalau balik jumpa mak, Jemah tak kan salam kalau tak basuh tangan dan pakai sanitizer dan Jemah tak kan cium mak kalau Jemah tak mandi dulu.....siapa tak sayang mak! Syurga ke 2 tu😚......Beware Covid We Will Win!

     Yang baik dari Allah.....yang buruk dah tentu dari ke khilafan Jemah sendiri.....semoga kita sentiasa dalam redha Allah aamiin!❤