Wednesday 13 March 2019

Siapa lebih hebat? LELAKI atau PEREMPUAN?

Nazila Osman 03:19
💌Lelaki dan Perempuan siapa lebih hebat💌

"Of course lelaki hebat.......Tak macam perempuan, tahu nangis je.......sikit2 nangis,sikit2 nangis.....cengeng! Buat kejer sikit dah nangis tak larat."😂

"Perempuan kan lebih rajin? Tak macam lelaki, malas! Yang dia tau bagi arahan je😥

"Lelaki kuat tak lemah macam 
perempuan."🤔

"Perempuan setia tak menipu macam lelaki."☺

"Lelaki lebih bijak daripada perempuan. Lelaki bila fikir guna 9/10 akal , tak macam perempuan guna 9/10 emosi"🤭

"Perempuan lebih penyayang. Tak 
macam lelaki,hati keras macam batu!"

Lelaki??????  Perempuan??????

     Siapa yang lebih hebat? Siapa yang lebih baik? Siapa yang lebih tak guna? Siapa menang? Siapa kalah? Siapa tu?? Siapa ni?? SIAPAAAA....???!!!

     Haihhhh......Itu lah kebiasaan masyarakat sekarang....selalu ada perbandingan diantara jantina....masing2 nak tunjukkan kehebatan hingga menjatuhkan yang lain....Ermmm hakikatnya Islam tak pernah ajar bertengkar satu sama lain,untuk membuktikan siapa lebih hebat....Islam tak pernah menyatakan anak lelaki lebih mulia dari anak perempuan,juga sebaliknya....kedudukan lelaki dan perempuan adalah setaraf,yang membezakan kita adalah TAQWA

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
(Al-Hujurat 49 :13)

     Haaaaa tengok ayat diatas,Allah tak memuliakan lelaki atau perempuan kannn? Tetapi Allah memuliakan orang yang lebih taqwanya.......siapa boleh menjamin perempuan lebih bertaqwa dari lelaki...?? Atau lelaki lebih bertaqwa dari perempuan...??Tak ada kannnn.....Soooo?? Mengapa persoalan siapa lebih hebat ini timbul??

     Tidak dinafikan, lelaki mempunyai kelebihan yang lebih banyak dari perempuan. Lelaki mempunyai kekuatan jauh melebihi perempuan. Lelaki mendapat hak harta pusaka 2/3 berbanding perempuan yang hanya mendapat 1/3. Lelaki itu pemimpin kepada perempuan.Tapi persoalan nyer kenapa??
Haaaaa...ini jawapan nyer

"Lelaki (suami) itu Qawwam bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan bahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya……”
Qawwam disini dapat diertikan dengan maksud pemimpin atau pelindung.

     Nah......Lelaki mempunyai kelebihan tapi juga mempunyai tanggungjawab. Namun perempuan juga mempunyai kelebihan tetapi setaraf dengan tanggungjawab mereka.... 

     Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:
“……..Dan mereka(perempuan) mempunyai hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang patut. Tetapi para suami mempunyai kelebihan keatas mereka. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

     Lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Perempuan tak boleh hamil dan melahirkan anak tanpa lelaki......lelaki tak boleh menjadi bapa tanpa ada rahim dari seorang perempuan untuk menempatkan anak dalam kandungan......Lelaki juga memerlukan isteri,sebagai penasihat dan penyokong dibelakang mereka.....

     Perempuan memerlukan lelaki untuk kerja-kerja berat dan lelaki pun memerlukan perempuan untuk kerja-kerja remeh. Dalam kegiatan dakwah itu sendiri memerlukan kerjasama antara lelaki dan perempuan. Setiap daripada mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab masing2,siapa dibelakang Rasulullah kalau tak isteri kesayangan baginda Saidatina Khadijah? Siapa yang memanjat Gua Hira menghantar makanan pada baginda? Saidina Abu Bakar sahabat baik baginda? Tak! Isteri baginda! Siapa yang memeluk Rasulullah tatkala baginda menggeletar ketakutan bila mendapat wahyu pertama? Jawapannya seoramg isteri 

"Sesungguhnya wanita adalah belahan yang tak terpisah dari lelaki” (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

     "Elehhhhh lelaki lagi hebat laaaa! Kalau tak,tak de la Allah lantik lelaki sebagai nabi dan rasul!" Halooo yang mengandung dan melahirkan nabi dan rasul tu siapa pulak?? Bukan perempuan ke?? Ade ke nabi dan rasul lahir dari seorang lelaki??

     Lelaki dilantik menjadi nabi dan rasul bersesuaian la dengan tugasnya untuk memimpin......perempuan tiap bulan pun ada masa mood gelong.....macam mana nak memimpin umat? Hahaha

     Maha hebat dan maha bijaksananya Allah Dia tak memenangkan pada 1 pihak......mesti akhirnya akan terkait jugak,cuma ada 1 kes yang nak membuktikan yang Allah maha berkuasa,kalau Dia kata kunfaya kun pasti akan jadi iaitu tentang Maryam ibu Nabi Isa,Nabi Isa lahir tanpa air mani dari mana2 lelaki(tapi tak mungkin jadi dah tau! Kalau zaman ni kata jadi jugak......sila buat check DNA🤣)

     Moral of the story nyer kat sini...lelaki dan perempuan adalah makhluk Allah.....tak ada siapa yang hebat,kita saling memerlukan antara satu sama lain.....yang membezakan kita hanyalah tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja....so tak perlu  bertekak siapa lebih hebat,siapa lebih itu,siapa lebih ini.....buang masa! Kalau suami jadi tangan kanan,isteri jadilah tangan kiri,macam tu juga sebaliknya......lebih baik kita fikirkan pasal permasalahan ummah,atau bermuhasabah diri,sebelum kita membuka mulut membahaskan tentang kelebihan diri....
Cuma yang mana negatif pada lelaki,berusahalah untuk berubah....macam tu juga dengan perempuan.....sesungguhnya yang sempurna hanya ALLAH SWT

     Ok alhamdulillah selesai entry Jemah kali ni.....semoga korang puas hati,insyaAllah kita berjumpa lagi dilain kali.....yang baik dari Allah,yang buruk sudah tentu dari kesilapan Jemah sendiri