Thursday 24 January 2019

Untungnya kita!

Nazila Osman 06:22
KITA UMAT AKHIR ZAMAN YANG SANGAT ISTIMEWA.....
Rasulullah merindui umat akhir zaman...

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak.....semua yang hadir diam membatu,mereka seperti memikirkan sesuatu.....lebih2 lagi Saidina Abu Bakar itulah pertama kali dia mendengar orang yang amat dia kasihi melafazkan pengakuan begitu.....

Seulas senyum yang memang sedia terukir dibibirnya terungkai....wajahnya yang tenang berubah warna"apakah maksud mu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami saudara2mu??Saidina melempiaskan gumpalan teka teki yang menyerabut otaknya....

"Tidak wahai Abu Bakar kamu semua adalah sahabat2 ku bukan saudara2 ku(ikhwan)"suara Rasulullah bernada rendah....

"Kami juga ikhwan mu wahai Rasulullah...."kata seorang sahabat yang lain pula....Rasulullah menggeleng2 kepalanya dengan perlahan sambil tersenyum,kemudian baginda bersuara...

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku.....malah cinta mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada orang tua dan anak2 mereka"

Pada ketika yang lain pula,Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan'baginda.....
"Siapakah yang paling ajaib imannya?Rasulullah bersuara

"Malaikat"jawab sahabat....

"Bagaimanakah malaikat tak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa dekat dengan Allah??"Jelas Rasulullah....para sahabat terdiam seketika.Kemudian mereka mencuba lagi.....

"Para nabi"

"Bagaimana para nabi tidak beriman,sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka"

"Atau mungkin kami?"celah seorang sahabat

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku sentiasa berada ditengah2 kamu?"pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu....

"Kalau begitu,hanya Allah dan RasulNya sahaja yang lebih mengetahui"jawab seorang lagi sahabat mengakui kelemahan mereka

"Kamu semua ingin tahu siapa mereka?Mereka adalah umatku selepas ketiadaan ku,selepas kewafatanku.....mereka membaca al quran dan beriman dengan semua isinya.....berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan ku.....dan lebih berbahagia orang yang beriman dengan ku tapi tidak berjumpa dengan ku...."jelas Rasulullah

"Aku sungguh rindu untuk bertemu mereka......"ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu,jelas berbaur kesayuan pada ucapannya itu.....

     Sedih kannnn ๐Ÿ˜“ begitulah Rasullulah SAW bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci,....pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasihNya itu diukur pada hati dan dibuktikan dengan kesungguhan beramal dengan sunnahnya

     Pada kita yang bersungguh2 ingin menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu....utamakan cinta pada Rasuullah SAW berbanding cinta pada yang lain,cinta yang merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah SAW

     Apakah tanda kita sayangkan Rasulullah? Adakah dengan"ye.....aku sayang Rasulullah" tak cukup beb! Tak cukup!Maka berselawatlah

     Rasulullah SAW "Berselawatlah untukku 1 kali,maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali"Hadis Riwayat Muslim (1/288.no384)

     Sabda Nabi SAW"Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Orang yang terdekat dengan ku pada hari kiamat ialah orang paling banyak berselawat kepada ku. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

     Dari Abu Hurairah RA Rasulullah SAW bersabda "Janganlah kamu jadikan kubur ku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah pada ku,maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepada ku dimana saja kamu berada."(Hadis Riwayat Abu Daud)

     Ketika mendengar orang menyebut nama nabi SAW.....sabda Nabi Muhammad SAW: "Orang yang bakhil itu adalah orang yang tak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku"(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

     Ketika telinga berdengung sabda nabi SAW : "Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung,maka hendaklah dia mengingati dan berselawat kepada ku"(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

     Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan,diberitahu oleh Ubai bin Kaab RA bahawa seorang lelaki bertanya pada Rasulullah SAW,ujarnya : "Ya Rasulullah bagaimana pendapat mu sekiranya aku jadikan selawat untuk mu semua?" Jawab Rasulullah "Kalau demikian Allah akan memelihara engkau dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Ahmad)

     Setiap waktu pagi dan petang....sabda nabi saw : "Barang siapa yang berselawat kepada ku pagi 10 kali,malam 10 kali,maka dia akan mendapat syafaat ku dihari kiamat"(Hadis Riwayat Thabrani)

     Dalam Al Quran Allah ada berfirman...."Sesungguhnya Allah dan malaikat2Nya berselawat untuk nabi....Hai orang2 beriman,berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"(Al Quran Surah  Al- Azhab ayat 56)

     Nabi Muhammad SAW bersabda:"Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat penghening jiwa pembersih dosa bagi mu"(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

     Berdasarkan hadis2 dan firman Allah diatas jelas sekali membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah 1 rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kita umat baginda dengan penuh kesungguhan dan
keikhlasan....


     Nak tau betapa pentingnya selawat ini pentingnya sehingga Allah perintahkan ia rukun wajib dalam solat. Malah rukun wajib dalam bacaan khutbah juga,” katanya memaklumkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, terdapat dua golongan manusia yang akan paling hampir dengan baginda Nabi adalah orang yang paling banyak selawat dan paling baik akhlaknya......
Selawat ni tak susah pun sebenarnya......yang susahnya nak buat tu......

              ุงู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ

     Ini adalah selawat paling ringkas yang sesuai dengam dalil2 sahih....
Maksudnya:"Ya Tuhan kami,selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya"

     Mudah kannnn.....semoga usaha kita mengingati Rasulullah  SAW dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad SAW serta syafaat baginda....serta turut mendapat rahmat dari Allah......Dah selawat jangan lupa pulak sunnah baginda....buat lah semampu yang boleh.....kata sayang Rasulullah kannn๐Ÿ˜œ


     Ya Allah! Kerinduan Jemah pada baginda Rasulullah hanya Allah yang tau.....Jemah cuba cabar diri untuk berselawat setakat yang termampu,semoga kita bertemu nanti ya Rasulullah! Aamiin!


      Ok laaaa sampai disini dulu entry Jemah.....kalau umur panjang kita jumpa lagi dientry2 yang lain.......sayang korang ketat2, yang baik dari Allah yang buruk dah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri, daaaa!