Tuesday 28 July 2020

La tahzan innAllaha ma'ana....Qowiy Lillahita'ala

Nazila Osman 21:21
Ketika Takdir Berbisik....
“Sudah Cukup Sudah…”

Bila mana diri dihujani deraian ujian tanpa henti, terkadang aku jadi lemas dengan emosi sendiri.

Duduk termenung panjang di situ.
Dibalik hati...

Mencuba untuk merungkaikan kalimah hikmah disebalik setiap kejadian, agar hati mampu meraih kunci SABAR dan REDHA

Sabar dan redha....

Sabar, mudah sahaja untuk diungkapkan dengan sepatah perkataan, tetapi tersirat seribu pengertian. Menagih seribu mujahadah dan pasrah.
Akal berfikir lagi, mungkinkah diri masih tidak cukup redha menerima segala ketentuanNya?

Tidak...! Hati kecil cuba untuk menafikan.

Meskipun hati kecil sejujurnya sedih, menangis pilu dan hiba, terluka dan terasa namun, hati itu cuba sedaya upaya dipesan agar sabar dan redha menerima segala ujianNya.

Akal menyoal lagi...

“Kenapa harus diuji dengan perkara yang sama lagi dan lagi??”

Pertanyaan itu berulang dan terus berulang, akal berusaha mencari rasional dan titik keseimbangan...

Menyoal seperti itu, bukan bereti hati memberontak dan membenci segala takdir Ilahi, wallahi.....tidak sama sekali.

Apa jua persoalan yang cuba dilontarkan, jiwa sentiasa ingin berbaik2 sangka denganNya, itu diletakkan diatas garisan yang pertama...

Cuba untuk mencari hikmah yang tersembunyi di balik ujian yang sama mendatang...

Berat....ye berat!

Bahu seakan memikul beban yang cukup berat, sehinggakan diri hampir terduduk...
Malah, rasa tiada daya lagi untuk bangun.

Lemah....
Longlai segala rasa di jiwa.

Cuba merungkai tekanan pada sebuah rasa.
Kadang menjadi buntu dan bingung dek kerana terlalu ingin mencari apa makna di sebalik semua ini....

Lalu diri yang terduduk tadi cuba menyungkur sujud, kerana itulah sebaik2 tempat kembali.
Menyembamkan muka pada Ilahi, dengan titis jernih yang tidak putus2 menemani.
Merintih-rintih sebuah jiwa, hati cuba berbisik bertanya kepada Ilahi.

Benarkah takdir berakhir seperti ini?
Diri sememangnya mencari.
Mencari sebuah jawapan kepada persoalan ujian yang menyakitkan.

Kerana inginkan maqam itu.
Maqam redha.
Bagaimana hati ingin benar-benar redha, andai persoalan itu masih terngiang2 menyoalkan?

Perlahan-lahan hati dibasahkan dengan siraman zikir...
Agar fikir itu selari dengan zikir....
Agar zikir itu mampu memimpin ke arah fikir lebih positif dan rasional.

Jiwa itu, perlu dididik....Mesti!
Meskipun diri sudah berkali2 mendidik....
Didik lagi dan lagi....dan lagi

Tapi tak pernah sama didikan pada hati dan diri, dua tempat yang berlainan.

Dihati  itu yang menguasai segalanya. Dialah raja bagi mengawal diri.
Tersangat ingin memiliki sekeping hati yang suci, bersih dari segala tohmahan dosa yang mengelilingi.

Sehinggalah...

Persoalan yang ditanya2 itu terjawab....
Kalimah agung itu menegur.

“Maha suci ALLAH yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
“Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).”
(Terjemahan Surah Al-Mulk:1-2)

Subhanallah...

Bergetar jiwa tatkala mendengar kalimah cintaNya, sehingga hati basah dihujani rasa pada segenap jiwa......ya Allah! Kau sayang aku....sebab itu Kau menguji!

Begitu berhikmah pula, DIA mengingatkan aku melalui selitan pena dari seorang hambaNya....yg hebat ilmu agamanya

“Innalillahiwainnailahihirojiun”
Ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.”

"Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…”~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~

Allahu Allah...
Siapa aku untuk memilih ujian?

Siapa aku?

Sedangkan aku cuma hamba, yang layak untuk diuji dari pelbagai dimensi.

Hatta, dengan ujian yang sama, lagi dan lagi berulang kali sekali pun....
Dua kali, tiga kali, sepuluh kali, malah berkali-kali, DIA layak untuk menguji

Disitulah titik sebuah keikhlasan yang dicari.
Disitulah ingin mengajar sebuah maqam bernama redha Ilahi...

“La haula wala quwwata illa billah.
Hasbunallahi wani’mal wakil, a’lallahi tawakkalna”

Tiada daya kekuatanku melainkan Allah...
Cukuplah Allah sebaik2 tempat sandaran, bagi orang2 beriman berserah dan bertawakal....

Sudah cukup sudah...
Sudah cukup sudah, berfikir kenapa dan mengapa....
Kerana ia akan membuahkan ketidak syukuran sebagai seorang hamba....

Sudah cukup sudah...
Mengenangkan peristiwa2 duka.
Kerana semuanya ada hikmah besar yang disembunyikanNya.

Sudah Cukup Sudah...
Sudah Cukup Sudah untuk semua yang lalu....
Inginku terus berjalan mengikut aturan takdiranMu...

Sudah cukup hanya Allah bersamaku,
Sentiasa setia menemani disisiku...
Dalam luka, dalam parah, ingin ku terus bermujadahah.

Sungguh! Aku mahu redhai.... redha yang sebenar2 redha pada tiap2 dugaan yang diberikan olehMu Tuhan...

Allah ya Rabb
Tiada ku mohon, melainkan maghfirahMu😥

Ya Rabb...

Sudilah memandang diri ini
Hamba yang terduduk,
Terjatuh,
Tersembam teruk,
Terluka parah,
Pada tiap cubaan,
Yang datang tanpa perhentian...

Menangis...
Hiba dan pilu,
Sungguh....diri rasa tak termampu 
Namun tatkala mengenangkan rahmatMu
Hati diserbu rasa kasih yang semu
Pada cintaMu yang satu

Ya Rahim,
Berikanlah daku rahmatMu
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Agar aku tak hilang cahayaMu

Saat ini,
Ingin ku meniti jalan
Mengikut jalan takdiranMu
kerana aku sentiasa ingin
yakini dan imani
pasti inilah yang ‘TERBAIK’ buatku…

Muhasabah dalam sujud cinta kepadaNya:


Ketika kita mengeluh “kenapa aku yang diuji, kenapa kenapa ?”

Allah menjawab: 
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang berdusta.” (surah al-Ankabut ayat 2-3).

“Kenapa mesti ujian ini untukku ?”


Allah menjawab: 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (surah al-Baqarah ayat 216)

“Beratnya dugaan ini ya Allah, aku tidak sanggup menghadapinya!”

Allah menjawab: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (surah al-Baqarah ayat 286)

“Bagaimana untukku hadapi kesusahan ini?”


Allah menjawab: 
“Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang orang yang khusyuk.” (surah al-Baqarah ayat 45)

“Ya Allah, sedihnya! Dah tak larat dah letih!


Allah menjawab: 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang orang yang beriman.” (surah Ali Imran ayat 139)

“Sampai bila harus ku hadapi semua cubaan ini?”


Allah menjawab: “sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Dan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(surah al-Insyirah ayat 5-6)

“Apa hikmahMu aku dapat semua ujian ini?”


Allah menjawab: 
“sesungguhnya mereka itu orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah adalah orang orang yang bertaubat, rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan gembirakanlah mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (surah at-Taubah ayat 111)

Allahuakbar... 
Alangkah beruntung kita dan mereka yang diberi ujian, yang berkali2 itu tanda Allah terlalu sayang.....

Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah, sabar dan syukur, itulah yang terbaik, sematkan dalam diri
dengan kalimah.....
La tahzan innAllaha ma'ana
Qowiy Lillahita'ala

Yang baik dari Allah....yang buruk sudah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri






Thursday 16 July 2020

Sabar....Redha....Syukur

Nazila Osman 19:41
Hidup akan tenang jika kau tahu tujuan kau dicipta...
Kau paksa diri kau untuk redha dengan ketentuan Allah...
Kau paksa diri kau untuk bersyukur...
Kau paksa diri kau untuk sabar...

Tak, tak ada mustahil.
Aku pun sama...banyak kekurangan diri.
Aku cakap berdasarkan pengalaman, bukan hanya omong kosong...

SABAR... REDHA... SYUKUR...

3 ni kalau kau paksa diri kau buat... Satu persatu Allah bantu kau,
Hati kau mula tenang...
Kau akan banyak menangis ingat Allah...
Jaga amal, selawat pada Nabi Muhammad SAW sebanyak mungkin,
Perkara yang kau rasa mustahil, sekelip mata Allah mudahkan...

Percayalah dengan Allah, yakinlah dengan Allah...
Tiada yang dapat bantu kau melainkan Allah...
Sebab hidup ni singkat untuk tuntut hak kita,
Belajar tunaikan hak orang lain.

Hak kita, Allah pasti tunaikan...Jika tak dapat di dunia, insyaAllah dapat di akhirat.
SENYUM....Hidup kena sentiasa senyum☺

"Terkadang, berhenti dan menyerah bagaikan pilihan terbaik...tapi aku bukan diciptakan utk kalah...aku harus bangkit lagi
Bukan jatuh ku yang penting....tapi bangkit ku..."

ALLAH tak pernah menjanjikan langit itu selalu biru, dan mentari sentiasa bersinar, tapi sesungguhnya ALLAH selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum disetiap titisan air mata, pahala disetiap ujian, dan jawapan disetiap doa.....Subhanallah!!
TABAH ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan dan sikap yang tiada batasnya...kerana IMAN itu akan bahagia kala diuji...

Ya ALLAH..!! Mereka kata aku kuat untuk berdiri seorang diri....tapi mereka tak nampak aku melutut, terduduk dihadapan MU meminta bantuan....hanya pada MU Allahuakbar!!




Friday 10 July 2020

Bila PEREMPUAN terluka....

Nazila Osman 05:48
Dear awak !
Jika awak tak mampu buat kami gembira, jangan buat kami menangis...
Kalau tak mampu ubati luka,
Jangan sesekali buat kami terluka
Hargailah...!!
Kami perempuan tidak diminta dilayan seperti seorang PUTERI,
tapi kami perempuan hanya minta untuk dihargai...
Awak kena tau yang perempuan takkan marah awak tanpa sebab..
Takkan menangis tanpa sebab..
Takkan tawar hati tanpa sebab..
Itu gila...
Semuanya pasti bersebab...

Kekecewaan mengajar kami erti kehidupan...
Kami tetap teruskan perjuangan
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup..
Mungkin Allah sengaja mempertemukan dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul, supaya kita akan lebih bersyukur bila bertemu insan yang lebih menghargai nanti....
Wanita sering meluahkan perasaan dengan Air Mata...
Jangan halang kami menangis kerana itulah cara kami melepaskan segala Kesakitan...
bukan kerana menagih simpati....Bukannn!!

Dear awak....!!
Andai ditakdirkan satu hari nanti awak tak lagi memerlukan sekeping hati ini...
Pulangkanlah dengan cara terbaik, seperti mana baik nya awak ketika ambilnya dahulu...

"Bila perempuan terluka"

#TakPernahTakCINTA



Thursday 9 July 2020

C.I.N.T.A?

Nazila Osman 18:30

Apakah Cinta Itu Mudah?❤

Mencintai itu mudah,
Tapi tulus menyayangi itu susah...

Menyakiti itu mudah,
Tapi menyembuhkan itu susah...

Main-main dengan cinta itu mudah,
Tapi menjadi setia itu susah...

Cinta itu kebanyakan dibibir saja,
Tapi sayang itu tumbuh di dalam hati...

Hanya inginkan sesaat untuk katakan cinta,
Tapi perlukan seumur hidup untuk membuktikan kesuciannya...

Jangan mudah menyebut cinta jika tak boleh setia...
Jangan mudah menyebut cinta jika tak ada niat menjadi arjuna....

Kerana seseorang akan menjadi korban dan tersakiti jika cinta hanya dusta...
Kerana siapa pun berhak mendapat cinta sejati.....
Sebagaimana keinginan kita mengejar bahagia❤
#TakPernahTakCINTA





Thursday 2 July 2020

Macam mana Jemah makan?🤷‍♀️

Nazila Osman 01:59
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 semua...

Syukur alhamdulillah, hari ni kita masih diberi izin oleh Allah SWT untuk hidup lagi di atas dunia milik-Nya ini. Allah masih bagi kita peluang untuk memperbaiki diri pada mana2 kelemahan yg masih kita buat dan menambahkan amalan baik agar bekalan kita di hari akhirat lebih banyak... Jadi, marilah kita sama2 manfaatkan usia yg ada pada hari ini dengan sebaik2nya seolah2 kita akan mati bila2 masa saja, tanpa sebarang amaran.

Let's to the main topic....ada yg tanya Jemah....
"Ila mcm mana ko makan? Tak nampak sudu....tak nampak mulut"

Hahaha! Meh Jemah nak terangkan..... Jemah gelak bukan perkecilkan dia yg tanya tu....sebab Jemah sebelum ke dunia niqabis pun fikir benda yg sama😂

Mcm ni cara makan nye....
Selak niqab ke tepi....jangan selak luas2 sangat tau, sekadar sudu/tangan boleh masuk mulut je, sebab tujuan berniqab nak tutup kan.....tapi kalau nampak pun tak pa aihhhh muka bukan aurat pun, cuma tak cun la😂
Ada niqabis yg duk diceruk2 dan bukak niqabnya, ok ini pendapat Jemah.....kalau boleh jangan bukak, sebab kita nak istiqomah pakai....bila senang2 bukak, takut senang2 akan tanggal.....

Ok bab ke 2, tak nampak sudu dan mulut...Jemah nak tanya hampa, hampa makan nampak mulut ke?? Hahahaha! Siapa yg ada kat rumah, cuba hampa pi dapoq sekarang....sekarang! Ok dah?? Cantekkk ambik sudu atau strow....than tutup mata, halakan pada mulut....boleh tak?? Sampai tak sudu tu pada mulut..... Boleh kannnn! Haaa mcm tu la kami yg berniqab ni....boleh je, Allah bagi mulut lama dah......kita tau kedudukan mulut tu kat mana, nak makan tak masuk kut hidung aihhh🤣

Honestly mula2 susah la...apa pun, untuk  permulaan, kena la belajar.....belajar memang susah, baby nak belajar berjalan pun berkali2 jatuh kan, kadang2 luka.....macam tu jugak la dengan niqabis...alhamdulillah Jemah tak pernah bukak niqab untuk makan, mula2 belajar dulu pun tak pernah.....tapi Jemah akan duduk ditempat bukan laluan utama, senang la sikit nak selak niqab tu🤭, dulu nak abiskan sepinggan pun susah! Bercinta oii! Biasanya tak abis.... Hahaha tapi sekarang? Terror dah! Nak makan nasi? Mee? Burger?? No hal laaa!😂

Conclusion nya, orang yg pakai niqab masih boleh makan di khalayak ramai tanpa perlu membuka niqab. Ini cara Jemah untuk istiqomah agar ajnabi tak dapat tengok wajah kita. Tapi sekiranya semua yg makan tu kiri, kanan depan kita perempuan dan kawasan tempat kita makan itu tak de orang lelaki yg makan atau lalu-lalang, nak bukak niqab bukak la(kalau Jemah, Jemah tak bukak)insyaAllah selamat kalau nak bukak niqab bila nak makan. Sebenarnya bila pakai niqab ni kita akan jadi orang yg sangat menitik-beratkan suasana tempat kita nak makan. Kita akan rasa kurang gemar ke tempat yg terlalu ramai orang bercampur lelaki perempuan....ini bagi Jemah la.... Bukan ke itu satu kebaikan? Kita dapat menjaga mata orang, insyaAllah yg tak baik pun akan berkurang.....orang hanya tau zina perbuatan, jangan lupa zina mata....

Ok laaa sampai sini je dulu entry Jemah.....harap hampa faham la no macam mana Jemah makan....percaya 1 je, kalau kita memang betul2 berkehendak, dan buat Lillahita'la insyaAllah Allah akan permudahkan.....

Yg baik dari Allah yg buruk dah tentu dari Jemah sendiri....Daaa!🖐