Sunday 12 July 2015

Wahai Zaujku,Imamku.....

Nazila Osman 21:14

Wahai Suami...
Fahami erti sebenar perkahwinan,
Perkahwinan yang mengungkap tabir rahsia,
Antara dua hati...

Sesungguhnya...
Isteri yang kamu nikahi bukan lah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Juga sememangnya bukan setabah Fatimah puteri Rasulullah,
Isterimu hanya wanita akhir zaman,
Yang punya cita2 untuk menjadi zaujah solehah,
Yang punya cita2 untuk menjadi makmum di setiap solatmu...

Dan...
Perkahwinan membawa makna kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah,
Dan kamulah petaninya,
Isteri menjadi ladang tanaman,
Dan kamulah sebagai pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan, 
Dan kamu adalah gembalanya,
Isteri adalah murid, 
Dan kamulah gurunya,
Isteri ibarat anak kecil,
Dan kamulah yang menjadi tempat bermanja...

Zaujku....
Saat isterimu menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas2nya,
Saat isterimu menjadi racun,
Kamulah yang akan menjadi penawarnya,
Seandainya isterimu tulang rusuk yang bengkok,
Berhati2lah meluruskannya,
kerana,sedikit kekhilafan,
Yang bengkok akan patah,
Kerana yang kamu miliki adalah isteri dizaman IT,
Wanita akhir zaman,
Yang punya cita2 menjadi solehah,

Zaujku...
Sedarlah kamu juga sesungguhnya bukan Rasulullah,
Juga bukan Saidina Ali Karamallahuwajhah,
Cuma sekadar suami akhir zaman,
Yang sedang berusaha untuk menjadi soleh....

Fuhhhh......!!Penuh pengertian kannnn,puisi nie membawa maksud,kita sebagai isteri/suami jangan mengharapkan yang lebih2 dari pasangan....kita manusia biasa,tak sempurna,yang penting saling melengkapkan....sama2 berubah untuk menjadi yang lebih baik....

Warghhhhh!!Jemah dah ngantuk...!nanti nak bangun sahur lagi(jangan Jemah tak terbangun udah la yer...huhuhu)Semoga dapat menjadi panduan pada semua. Kita jumpa di entri seterus nyer ye....daaaaaa!!

Yang baik dari Allah,yang buruk dah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri...







2 comments:

  1. Uihhh..bukan main puisi nyer....syabas kak jemah .... tgh mendalami puisi ni

    ReplyDelete