Friday 19 June 2020

Hebatnya Wanita Tarim, Bidadari Bumi❤

Nazila Osman 21:35
     Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua....yuhooo I'm back! Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.....alhamdulillah negara kita dah semakin ok dari Covid19....

🔸PKP - Perintah Kawalan Pergerakan(tak dibenarkan keluar rumah)


🔸PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(untuk kawasan zon merah)


🔸PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(perlu patuhi syarat2 tertentu)


🔸PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(kebanyakan aktiviti ekonomi dah boleh buat macam biasa, dah boleh keluar tapi perlu follow SOP)

Ini semua kerana kita ada PM dan teamnya yg wow, negara kita diiktiraf antara 5 negara terbaik tangani kes covid19...PM malaysia diiktiraf oleh WHO....KKM juga bertuah kerana DG kita yg hebat...diiktiraf 3 doktor terbaik di dunia dalam urusan Covid19 ni....frontliner kita yg tak pernah kenal putus asa dan semangat kita sendiri untuk terus bebas dari belenggu Covid ni....dari PKP yg sangat susah, nak keluar rumah pun tak boleh....sekarang dah sampai ke fasa PKPP.....syabas all Malaysian! Tapi ingat jangan terlalu selesa, follow setiap SOP yg kerajaan bagi ye.....kerajaan bukan nak susahkan kita, tapi nak kita bebas dari Covid19 durjana ni❤

     Ok2 kita ke tujuan utama pulak....hari ni Jemah nak sembang pasal hebatnya Wanita Tarim.....

     Mula2, dimana Kota Tarim tu?? Tarim merupakan sebuah kota lama yg penuh bersejarah, terletak di tenggara jazirah Arab di negara Yaman. Berperanan sebagai ibukota wilayah Hadramawt, Tarim diambil namanya bersempena seorang penguasa di situ yang bernama Tarim bin Hadramawt yang diyakini hidup tiga ribu tahun sebelum kemunculan Islam....

     Kota Tarim juga dikenali sebagai "Kota Seribu Wali" kerana menjadi tempat berkumpulnya wali2 Allah....
Malah, masyarakat di kota itu juga dirahmati dengan kebaikan serta perilaku mulia kerana memiliki darah keturunan Nabi Muhammad SAW....Rasulullah SAW menceritakan berkenaan Yaman menerusi sabdanya yang bermaksud

“Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut2 hati dan selembut2 sifat, iman itu di Yaman dan fiqh itu di Yaman dan hikmah juga di Yaman.” (Hadis riwayat Muslim)

Selain itu, kota Tarim juga dikenali sebagai ‘al-Ghanna’ bererti tempat yang sangat subur dan makmur. Berkat doa Saidina Abu Bakar As Siddiq yang pernah mengatakan, apabila beliau bermimpi memasuki kota Tarim, maka keesokan harinya hatinya berasa sangat bahagia....

     Alim ulama mutakhirin sangat mengagumi Kota Tarim, bahkan menganggap bahawa hanya tiga kota suci, iaitu Mekah al-Mukarramah, Madinah al-Munawwarah dan  Baitul Maqdis sahaja yg dapat mengatasi kelebihan Kota Tarim berdasarkan Hadis Rasulullah SAW memgenai ketiga-tiga kota tersebut.....

     Fuhhh hebat kannn.....kita pergi ke Wanita Tarim pulak....

Wanita Tarim...
Dalam buku ‘Bidadari Bumi 9 Kisah Wanita Solehah’ karya Ustazah Halimah Al-Alaydrus, ada cerita menarik tentang keistimewaan perempuan Tarim, Hadramaut Yaman....

     Diceritakan, perempuan Tarim sudah biasa sejak kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama yg dekat dgn ulama2, majlis ilmu, maulid dan sebagainya. Sejak kecil mereka dididik untuk membaca Al quran oleh ibu bapa mereka. Terdidik dengan akhlak yg mulia, yg sangat hebat....

     Pergaulan mereka terjaga. Aurat mereka terjaga.... Bagi mereka setelah capai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tak pernah melihat lelaki asing selain dari saudara2 lelaki dan bapa mereka je...

     Mereka dibesarkan tak kenal muzik, tak kenal yg lagha, tak kenal kebiadaban dan tak kenal wajah orang fasiq(sebab kat Tarim semua orang baik2) Perbincangan mereka adalah perbincangan tentang majlis2 ilmu, Al quran, adab, akhlak, tasawwuf SAHAJA haaa macam tu la mereka dibesarkan.....

     Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikahkan, semua ibu bapa mereka yg uruskan....tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan sangat terjaga...

     Wanita Tarim juga tak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan suami mereka, tak menyusahkan isteri mereka. Bila baramg rumah abis beras ke susu ke apa je la....mereka tak  bagi tahu suami mereka sebab takut suami mereka tak ada duit atau sibuk......Mereka hanya letakkan bungkusan2 kosong pada tempat yg mudah suami mereka nampak.....jadi bila nampak suami mereka akan beli....hai la hai😞

     Suami pula, seluruh keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang beli....para isteri tetap keluar ke pasar membeli baju atau brg keperluan wanita je.... Urusan dapur seperti beli sayur, beras dan lain2 tu merupakan tugas suami atau pembantu mereka...

     Isteri biasa akan menghiaskan diri dan menjadikan bilik tidur harum mewangi... bila suaminya balik, mereka dah cantik...bilik tidur terhias rapi, kemas indah dan harum... Kerana wangi2an itu mampu membangkitkan suasana yg tenang dan romantik serta menambahkan kasih sayang mereka suami isteri....Isteri tak pernah tinggikan suara pada suami mereka. Mereka tak pernah marah.... Bila mereka rasa bengang(aku tak tau la ayat ni sesuai tak😅)mereka akan nangis dan ngadu pada suami mereka dengan nada yang lirih, manja2, itulah marah mereka....Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina(nak marah jugak isteri yang baik gini, memang biul la😂)

     Jika suami ada rasa kesal tentang sesuatu perkara, mereka akan tulis surat pada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur. Kemudian nanti isteri akan jawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan jawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan ketawa bersama2....Indahnya marah mcm ni kan, marah yg mampu jadi hiburan, marah yg diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa....Jika kita melihat kehidupan masyarakat di kota seribu wali ini, akan nampak banyak keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yg susah kita jumpa sekarang..... Di Tarim, rumah tangga Rasulullah dipraktikkan dalam kehidupan sehari2. Inilah keberkahan yg ada di Kota Tarim....

     Di Tarim susah nak nampak perempuan tunjuk muka mereka di khalayak ramai. Walaupun mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit, mereka tetap jauh dari pandangan kaum lelaki. Perempuan Tarim tetap memakai burqha/niqab/berpurdah hitam....mereka merahsiakan nama mereka, kerana bagi mereka nama pun adalah aurat mereka....Pernah peserta Muslimah terlupa nak pakai niqab selepas ambil wuduk, mereka terus ingatkan untuk pakai niqab....Itu antara adab yang perlu dipatuhi ketika ziarah.....Di sana jika tak pakai niqab ia menjadi satu kesalahan yang memalukan bagi kaum wanita.....Mereka dapat bertahan di tengah terik walaupun matahari di negeri Tarim terkenal dengan panasnya... Begitulah hebatnya wanita Tarim. Wanita di Tarim hanya keluar apabila ada keperluan penting saja. Apabila ke pasar atau ke kedai ada mahram yg teman atau mereka keluar ramai2....Maka terpeliharalah mereka dari segala macam fitnah. Itu la sebabnya, perempuan Tarim dikenali sebagai BIDADARI BUMI❤

     Mereka benar2 menjaga kehormatan dan jauh dari pandangan lelaki, mereka tak lalu di jalan2 besar, hanya dilorong2 kerana tak nak dilihat lelaki....kalau la ada rezeki kita pergi ke sana, ada yg berpakaian pelik dari yg lain....maka itu bukan la penduduk Tarim....

     Sampai situ je la kut.....Jemah harap hampa baca la sampai ke noktah terakhir supaya boleh jadi panduan pada kita untuk jadi isteri solehah dan suami yg soleh......Jemah rasa nak dapat 100% macam mereka tak mungkin, tapi dapat 20% dari mereka pun bagus dah.....haihhh hebat betul wanita Tarim.....arghhh! Jemah jeles😭

     Ok la....sampai sini dulu entry Jemah....doakan Jemah sihat untuk tulis artikel2 berfaedah supaya jadi panduan untuk kita bersama, ingat! Jaga SOP...selalu basuh tangan, pakai sanitizer dan jangan lupa pakai mask.....nak keluar silakan, tapi follow SOP rapat2.....Jemah kalau balik jumpa mak, Jemah tak kan salam kalau tak basuh tangan dan pakai sanitizer dan Jemah tak kan cium mak kalau Jemah tak mandi dulu.....siapa tak sayang mak! Syurga ke 2 tu😚......Beware Covid We Will Win!

     Yang baik dari Allah.....yang buruk dah tentu dari ke khilafan Jemah sendiri.....semoga kita sentiasa dalam redha Allah aamiin!❤





No comments:

Post a Comment