Tuesday 19 June 2018

Sepasang kasut buruk

Nazila Osman 06:23
     Assalamualaikum u alls! Sebelum tu tak terlewat lagi rasanya Jemah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiri Maaf Zahir & Batin buat korang semua......alaaa rayakan sebulan😂

     Bila sorang anak rumah opah,sorang anak lagi rumah mak tok,arghhhhhh boring giler! Masa lambat sangat berjalan(bila anak ada ko kata ko letih kannnn)so Jemah buka la blog,nak buat entry apa pun tak tau lagi ni hahaha kita langgor je la dulu........apa jadi belakang kira😅

     Hari ni kita cakap pasal KASUT.....apa? Kasut? Yup kasut....kadang2 kasut kita rosak sikittttt je pun,kita ambik kunci keter terus pergi ke kedai beli kasut baru,ada bau kilang lagi.......wahhh cantik! Kita pun beli,pada mata kasar nampak cantik dan selesa.......balik rumah,kita pakai 2/3 kali,kita rasa"alamak.......!Tak best laaa,tapak keras,tak sesuai ngan kaki......melecet!"Nak tunggu lembut kasut tu makan bulan,tah ke tahun....tah ke tak lembut2 langsung,sudahnya kita malas nak pakai,simpan sampai reput.....kita ambik kasut lama,kita repair tukar yang mana patut(tali,tapak etc)last2 kita pakai balik kasut lama selagi hayat kasut tu masih ada.....

     Guys macam tu juga dengan rumahtangga,tak perlu cari yang baru.....tapi perelokkan yang sedia ada dengan agama dan ilmu,insyaAllah aman dan bahagia rumahtagga,tak ada manusia yang sempurna tapi kita berusaha untuk menjadi sesempurna yang mungkin.......kalau la LELAKI boleh buka mata dengan kisah kasut ni......ermmmm

Buat suamiku Mr H 
Kalau di ikutkan pada bacaan sungguh mudah untuk menjadi isteri solehah,namun hakikatnya amat payah! Aku memang tak sehebat Saidatina Khadijah,tak semulia Sumayyah dan aku juga tak secantik Balqis,aku hanya mencari syurga di kaki suami,kadang2 aku alpa.....aku sedar itu,aku hanya mampu mencari redha mu wahai suami,kerana disitulah redha Allah ada pada ku.....

Aku cukup sedar menempuh perkahwinan bagai  meniti titian disungai,perlu azam yang kuat untuk sampai ke hujung titian......andai langkah ku kau lihat sumbang,tegurlah aku dengan sebaik2 teguran,kerana aku takut aku bisa jatuh dalam jurang yang lagi dalam......aku pasti lemas,lemas kerana kecuaian diri yang mungkin juga kau tak menyedarinya

Sayang.....
Bukan mudah untuk menjadi sehebat isteri2 nabi ,terlalu banyak kelemahan2 yang perlu aku perbaiki,memperbetulkan kelemahan bukan semudah menyedapkan makanan dalam menu masakan......perlukan kesabaran dan doa setimpal dengan usaha sepanjang aku bergelar isteri......andai kelemahan tetap menjadi milikku,maafkan aku,kerana aku manusia biasa  yang punya jiwa yang seakan mudah kecewa......aku hanya berdoa agar beri aku kekuatan dan kesabaran untuk menakluk cinta yang ikhlas dari seorang lelaki yang bergelar suami.....aku tak sempurna,kau juga tak sempurna......

Yang pasti demi kasihmu,akan ku pertahankan ikatan ini hingga ke hujung nafas terakhirku........ 

Yang baik dari Allah yang buruk dah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri......bye!👋
Jumpa di lain entry! Daaaa!


No comments:

Post a Comment