Tuesday 1 May 2018

Kenapa Perempuan Lebih Mudah Masuk Syurga Berbanding Lelaki?

Nazila Osman 06:20
Assalaualaikum...
     Hai u alls! Semoga sentiasa dalam rahmat Allah amiin! Lamanya tak bersiaran! Sorry...huhuhu😞,kekangan masa,dgn anak2 lagi,pergi spa seminggu 3x lagi hahaha😜......haaaa busy tak Jemah?Busy dik non oiiiii(ke sekadar alasan?Oppss hahaha)

     Hari ni tak tau kenapa tergedik2 nak belek "merangkak bertatih" ni.....dah datang kemeruk windu kut.....hahaha!Entry kita pasal ape ek kali ni?Haaaaa jeng....jeng....jeng entry kali ni agak berat tapi Jemah cuba bawa seringan2 yg boleh😻 Stay tune beb!

      Sape kata jadi perempuan senang....? Nak kena tutup sana......tutup sini,jaga sana........jaga sini,ko ghase? Lelaki?? Pakai pagoda ngan suar pendek(bawah lutut)pun lepas dah! Tak pakai baju pun boleh weh! Dah sempurna aurah....perampuan? Stokin pun WAJIB pakai tau! Cer suruh leleki bertutup semua dalam masa sehari......confirm tak tahan! Tapi kami cool je.....tengah panas pun boleh berjubah.....siap boleh tersenyum lagi

     Sape kata jadi perempuan senang.....tiap2 bulan WAJIB dpt "penyakit"nak buat kejer susah,nak bergerak susah,sakit pinggang,pewut bloating lagi,emosi tak stabil.....ada masa ko nak marahhhhh je,ada masa ko boleh tersenyum ketawa tanpa sebab,ada masa ko boleh nangis tiba2.....susah tak?Ko ghase?? Cer tengok lelaki nak dapat sakit setahun sekali pun payah....tapi sekali dapat sakit,macam nak mati kekdah nye!(sedangkan demam jew pun 😅) ye ke idok? Hahaha tapi yang perempuan berpuluh tahun dengan "penyakit"tu tiap bulan masih survive,kadang orang tak tau pun dia tengah derita sakit......

HEBATKAN PEREMPUAN?

     Sape kata jadi perempuan tu senang? Allah jadikan hati perempuan sangat lembut dan cepat tersentuh.....kalau suami meninggal,perempuan yang susah lupa/cari pengganti,lelaki? Hahahaha!! Cuba pergi tengok wayang citer hindustan.....sape yang paling teruk nangis?Perempuan kan,lelaki siap boleh gelak2 lagi.....lembut tak hati perempuan?Tapi dengan kelembutan tu la perempuan dapat mengagumkan lelaki.... 

HEBAT TAK PEREMPUAN?

     Sebab susahnya jadi perempuan la ramai yang "merajuk" dengan Allah....cakap Allah tak adil dan kenapa Allah lebihkan lelaki?Kenapa syurga isteri dibawah tapak kaki suami?Kenapa perlu redha suami baru isteri boleh masuk syurga??KENAPA?A big WHY?? Padahal jadi perempuan tu sangat la susah bak kata orang jaga 10 orang anak lelaki  tak sesusah nak jaga sorang anak perempuan

     Disebabkan negatif pada Allah la mereka sanggup rosakkan diri.....persoalannya betul ke Allah tak adil dengan perempuan??Ye betul syurga perempuan/isteri dibawah tapak kaki suami,tapi cuba ingat balik,syurga anak lelaki terletak dibawah tapak kaki siapa kalau bukan tapak kaki ibunya?

     Betul isteri kena dengar cakap suami.....tapi anak lelaki kena taat 3 kali lebih utama dari ayahnya.....tak adil lagi kah Allah??Allah bukan setakat adil u all's tapi Allah sangat menyayangi kaum perempuan.....Untuk lelaki syurga isteri dibawah tapak kakinya,paling2 ramai pun 4 orang(kalau mampu la kan kahkahkahkah)syurganya bergantung pada 1 lelaki,tapi perempuan?Kalau Allah takdirkan ada 7/8 orang anak lelaki,bermakna 7/8 orang syurganya terletak pada 1 perempuan.......kalau seorang perempuan meninggal kerana melahirkan,dah dapat syahid(syahid kecil)masyaAllah nikmat apa lagi yang ingin kau dustakan!

     Kenapa perempuan hebat?Kerana kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat.....kenapa Allah tak jadikan lelaki boleh melahirkan?Kerana mereka tak mampu! Sakitnya allahuakhbar terlalu sakit! Dan Allah tau yang mana terbaik untuk hambanya.....sebab tu Allah pilih kita😀.Cuba dengar pula lagu2 yang ada kat radio tu,banyak lagu pasal perempuan kannnn jarang kita dengar lagu pasal lelaki,ade dengar lagu pasal Mazlan?Pasal Leman? Pasal Hamizar??(Oppss tu suami Jemah hahaha)sayang tak Allah pada kita yang bergelar perempuan,sampai perempuan dikasihi macam tu sekali kat dunia,masih tak adil lagikah Allah pada perempuan?Allah sebenarnya terlalu adil pada perempuan,sebab susahnya jadi perempuan berkualiti ni la maka perempuan senang nak masuk syurga......

"Apabila seorang perempuan menunaikan solat 5 waktu,berpuasa sebulan(Ramadhan)menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya maka nescaya dia boleh masuk syurga dari pintu mana yang dia inginkan"(Hadis riwayat Ahmad)

     Tak adil lagikah Allah pada perempuan?Oh perempuan! Sedarlah betapa sayangnya Allah pada kita,betapa cintanya Allah pada kita....tapi kenapa nak rosakkan diri dengan fikiran2 negatif yang tak berasas pada Allah?

     Allah jadikan kita sebagai perhiasan dunia.......bayangkan dunia sebesar2 ni,secantik2 ni kita la perhiasannya dan seindah2 hiasan itu ialah wanita solehah......kesian kalau ada perempuan yang yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan......huhuhuhu

     Allah maha adil......juga maha bijaksana,lelaki senang nak berpakaian,tapi kalau difikirkan dari soal tangungjawab garu kepala kaum adam ni! Hahahaha mana tanngungjawab pada isteri,anak2,ibu,adik perempuan yang belum kahwin,tu belum citer pasal dosa.......kalau seorang lelaki tak menegur,menasihati,memarahi,mengasingkan tempat tidur(bagi isteri)memukul(bukan tujuan menyakitkan,kalau ikut islam 7 bilah lidi)lelaki yakni bapa atau suami kena tanggung dosa2 golongan yang Jemah sebutkan tadi(kalau suami tu ada 2,3,4 orang isteri dan anak2 hasil dari isteri2 tu lagi,haaaaa cer fikir)jangan lupa dosa diri sendiri lagi yeop......fuhhhhhhhh hahahaha mana nah lari weh!

     Wahai wanita aka perempuan tak nampak lagi kah anda Allah sayang kita?Kenapa masih degil untuk ikut perintahNya? Tak terfikirkah kita betapa sedihnya baginda Rasulullah bila melihat kita yang sepatutnya senang nak ke syurga tapi memilih untuk diseret ke neraka jahanam? OMG!! 

     Kita sebagai suami isteri sama2lah menjaga syurga.......isteri jaga syurga suami(tutup aurat sempurna,tak tabaruj,jaga hubungan dengan Allah,didik anak2 mngikut islam sebab nanti suami akan disoal oleh Allah)suami jagalah syurga isteri(redhalah dengan setiap perbuatan isteri selagi tak menyalahi agama)kerana kunci syurga isteri adalah pada redha suami......allahuakhbar! 

Ya Allah.....!
Kau ampunkan dosa2 kami
Kau berikan kesihatan tubuh badan pada kami
Kau berikan kami rezeki yang melimpah ruah
Kau hadirkan redha buat kami disetiap dugaanMu
Kau berikan kami jalan yang lurus
Kau kuatkanlah iman kami........

💓Fighting For The Best Iman💓 

     Alhamdulillah akhirnya selesai juga yeayyyy! Terima kasih pada en suami yang sentiasa bagi semangat untuk Jemah siapkan entry yg dugaannya nauzubillah! Hahahaha susah nak dapat suami memahami ni! Kalau saya bunga awaklah airnya.....kita saling memerlukan ye dakkk(Saje Jemah puji lebih sikit,nanti nak buat entry lagi senang.......eh eh dia tak nampak kan,jangan bagi tahu dia tau hahaha)
     Ok lah kita jumpa dilain entry daaaaa! Yang baik dari Allah yang buruk dah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri......








No comments:

Post a Comment