Friday 7 August 2015

Happy Birthday Sweetheart...!!

Nazila Osman 02:12




♬♩♫♪Happy Birthday to you,Happy Birthday to you....Happy Birthday to Abang! Happy Birthday to you ♫♪♬♩ 
 
 Assalamualaikum u all's
Birthday sape pulak kali nie ye?Hahaha hari 7hb8 2015 Birthday insan yang penting bagi Jemah
iaitu SUAMI Jemah...kali nie mood lebih romantis....diiringi lagu "SAYANG LAHIR BATIN" kikiki! Aipppp.....aippp jangan gelak! Tak salah kannnn En Suami Jemah jangan jealous!
Nie la buah hati pengarang jantung Jemah.....Ekekeke
Buat Suami ku insan yang penuh dengan cinta dan kasih sayang...HAMIZAR BIN RAHIM Abang adalah antara anugerah terindah yang Allah berikan untuk ayang Terima Kasih kehadrat Illahi kerana telah memberi peluang untuk ayang berada disisi abang tika dan saat ini.
Terima kasih Allah, kerana telah memanjangkan usia abang!

Terima Kasih Allah
Kerana telah menganugerahkan kesihatan yang baik 
buat abang . Dapat abang menjaga dan menjadi pelindung ayang lagi..

Terima Kasih Allah
Kerana telah menciptakan abang untuk ayang, menjadikan abang teman 
hidup ayang, kalau boleh biarlah anugerah ini kekal bersama ayang 
hingga ke akhirat kelak. Doa dan harapan ayang semoga abang dikurniakan Allah SWT kesihatan yg baik selalu, sebab kalau abang sakit siapa nak jaga ayang dan anak-anak kita nanti?? 


Semoga abang menjadi suami dan ayah yang lebih baik dari hari-hari semalam agar mampu membimbing ayang dan anak-anak kita ke jalan yang lebih baik dan diredhai.
Semoga abang berjaya dengan karier dan cita-cita abang, sepertimana yang abang impi-impikan.
Semoga semua perkara yang baik-baik akan banyak hadir melewati kalendar hidup abang..
Semoga abang sentiasa dilimpahi kegembiraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..
Semoga abang sudi menjadi ‘imam’ kami sampai bila-bila pun..


Abang...
Izinkan ayang untuk menjadi sebahagian dari perkara penting dalam hidup abang..
Izinkan ayang untuk menjadi udara yang menghembus keluar setiap kali abang bernafas..
Izinkan ayang menjadi nadi pada setiap denyutan jantung abang..
Izinkan ayang menjadi permaisuri diatas takhta dalam hati abang..
Izinkan ayang menjadi mimpi-mimpi paling indah dalam setiap tidur abang..
Izinkan ayang bertahta selamanya dalam tempat paling istimewa dalam hati abang..
dan Akhir sekali, izinkan ayang berteduh diredup hati abang sehingga ke akhirnya....



Dia memberikan keindahan dalam kesederhanaan,
kesahajaan dan ketulusan cintanya. Dalam ketegasannya, masih ada kelembutan.
Dalam egonya, masih ada kasih sayang. Dalam kecewanya, masih ada ketawa. Dalam 
sedihnya, masih ada gembira. Dia adalah dia. Ya Allah, aku bersyukur atas
limpahan rahmatMU untukku melalui dirinya.


Ya Allah...
Tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Engkau beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah...
 Permudahkanlah dia bagi ku dan permudahkan urusanku
bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya jadikanlah aku berpuashati 

dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah...
Jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah dia dimataku kecil,

Ya Allah...
 Yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku serta anak-anakku dalam kebaikan

Ya Allah...
Engkau jadikan aku sebagaimana yang dia sayangi dan jadikan dia 
sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah...
Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada RasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah...
Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam 
kesusahanku,Jadikanlah garangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas Nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah...
Berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah...
Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasalah bersamaku



Ya Allah,sekiranya suamiku menjadi pilihan MU di Arash,
berikanlah aku kekuatan dan kekuatan untuk aku terus bersamanya...
sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian MU,
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya...
sekiranya suamiku adalah bidadara untukku di Jannah MU,
Limpahkanlah sikap tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya...
sekiranya suami ku ini adalah yg terbaik untuk ku diduniamu,
peliharalah tingkah laku dan kata-kata ku dari menyakiti perasaan nya....

Aminnnn!
Just for my love HamizarRahim

Alhamdulillah....semoga En Suami Jemah faham apa yang Jemah cuba nak sampaikan.....Antara suami dan anak-anak siapa yang lebih Jemah sayang.....?Sebenar nyer dua-dua Jemah sayang....Suami no 1 istimewa dibahagian dia dan anak-anak no1 istimewa ditempat dia.....sayang antara suami dan anak tak boleh disamakan sebab kasih sayang yang berbeza.....
Skang dah pukul 4.00pagi tapi Jemah masih menunggu kepulangan En Suami Jemah....semoga ini juga jalan pahala untuk Jemah InsyaAllah.....

Oh ye.....Happy Birthday juga buat Mr Sirenjivee yang jatuh pada tarikh yang same dengan En Suami Jemah...hehehe sebab tu perangai diorang nie lebih kurang je,dan yang yang pasti nyer sekepala...dua-dua susah nak naik angin,tapi sekali naik angin....haaaa tak tau la nak cakap hehehe,skang nie tengah bersilat kat office berdua la nie dengan 2/3 orang staff lagi...semoga Allah permudahkan segala urusan.....

Yang pakai baju putih tu Mr Siren laaaa yang pakai baju meroon tu En Suami Jemah

Ok la ye sampai sini dulu entry Jemah kali nie InsyaAllah sampai berjumpa di lain masa dan ketika  

Yang baik dari Allah,yang buruk dah tentu dari kekhilafan Jemah sendiri
With LOVE Jemah aka NazilaOsman


2 comments:

  1. Buat isteriku yg ku cintai, terima kasih atas entri yg indah ini. Terima kasih kerana sentiasa sabar berada di samping abg dlm susah dan senang sepanjang kehidupan abg bergelar suami mu. Moga kita tetap bahagia hingga ke syurga bersama kita sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....semoga hubungan suci ini kekal hingga Jannah,InsyaAllah!!

      Delete